Sunday, December 14, 2008

Eiduladha di Ardhul kinanah 2008...


Assalamualaikum & Salam sejahtera pembuka bicara,kalam saya kali ini insya-Allah akan berkisar tentang hari raya haji sebelum dan selepas ,inilah kali pertama raya haji ini disambut di perantauan bagi diri saya,pada mulanya saya merasakan sedikit kesedihan kerana tidak dapat beraya di Malaysia Kelantan khususnya negeri serambi mekah yang disayangi, pada tarikh 6hb saya dan 2orang sahabat telah bertolak ke kaherah dengan tambang L.E10 setiap seorang ,saya menaiki el-teramco (van lah kalau tempat kite).Perjalanan macam biasa mengambil masa selama 2jam kami turun di ramsis di kaherah.Saya dan izzat tidur di rumah sahabat kami iaitu Farid&Hasbie ,di madinah nasr hayyu sabi’, kedatangan kami ke sana tanpa diberitahu terlebih dahulu ,kerana hendak memberi sedikit kejutan,kami bermalam selama 3 hari di rumah mereka,Farid menyambut kami dengan penuh keceriaan manakala Hasbie pula masih terkejut hehe...

Gembira hati saya apabila dapat bertemu sahabat2 lama ini tidak dapat digambarkan dengan tafsiran kata-kata, hari pertama tersebut kami sampai malam dan tidak banyak tempat

yang dapat kami ziarahi,tapi kami dapat juga ke RKL(Rumah Kelantan lama) dan rumah Faaris dekat dengan samy photo tingkat bawah dari rumah ust.Din penasihat kpkm,di RKL kami telah dapat bertemu dengan rakan2 dari tanta yang juga baru sampai di sana ,walaupun baru kenal tapi hubungan persahabatan macam dah lama terjalin.molekla gitu,hehe.Selepas itu saya mengajak seorang sahabat yang berada di RKL untuk sama-sama pergi ke rumah Faaris kononnya saya berkata tidak mengenali rumah tersebut.setelah sampai kami melihat dalam 7 org sedang menonton bola dan bual-bual ,tajuk perbualan itu adalah berkisar assobiyah kenegerian ramai juga yang meluahkan pendapat masing-masing ,nak ketawa saya dengan pendapat2 dan idea2 yang dilontarkan , time berkumpul nilah nak bual panjang2 nya,waktu lain tak leh dah,sebab masing2 sibuk,dan jauh tempatnya,ada yang di mansoura,tanta,zaqaziq,iskandariah,dan muhafazah-muhafazah lain,selepas hampir dua jam berada di sana saya dan sahabat2 pun baliklah ke rumah, saya dan izzat ke rumah Farid untuk tidur di sana ,walaupun rumahnya tidak sebesar mana tapi cara dia melayan kami memang puas hati,terima kasihlah sekali lagi saya ingin rakamkan di dalam blog ini kepada Farid dan kawan-kawan lain,kerana menyusahkan mereka ,budi dan jasa mereka hanya ALLAH yang mampu membalasnya dengan ganjaran pahala yang lebih besar…

di city star

sekitar pemandangan


Pada malam raya iaitu pada hari ahad malam7.12.2008,kami berempat (saya,Farid,izzat,makki) telah ke city star tempat shopping complex terbesar di mesir ,pemergian kami dengan menaiki teksi yang mana bayaran teksi itu L.E7,dalam perjalanan itu saya melihat orang-orang arab ramai yang keluar pada malam itu,dengan ada yang berkahwin dan macam lagi,sempat juga mengambil gambar dalam teksi tersebut,tetapi pada malam itu saya hanya membawa wang sebanyak L.E50 sahaja untuk ke city star,saya pergi pun sebab nak merasai pengalaman kali pertama di sana kerana sebelum ini belum sampai lagi, ,sahabat2 yang lain pada mulanya nak membeli barang seperti baju ,kasut tetapi tengok2 harga aih saya kata mahal juga ni,kena jimat ni, malas nak ajar sifat boros dalam diri,kena pandai menjaga kewangan , time susah baru tahu betapa pentingnya wang yang ada,jadi berfikirlah sebelum membuat apa-apa pekerjaan sekalipun.Nescaya anda tidak akan menyesal kelak,

jalan2...

Selepas itu kami pun balik dan saya berhajat nak singgah di RKB(Rumah Kelantan baru) dahulu, jadi saya pun mengajak sahabat2 lain ikut sekali, kerana pada malam itu sahabat2 perubatan yang lain baru sampai dari mansourah,tanta,zaqaziq dan lain-lain,saya diberitahu bahawa pada malam itu diadakan satu majlis untuk menyambut kedatangan mereka, dengan ucapan oleh ust.Adnan Wazir Penasihat KPKM,dan ust.Norhalif YDP KPKM ,saya pada ketika itu lambat sampai, jadi nak masuk tu jadi segan sikit tapi ust.Jamal Timb.S/U KPKM, mengajak saya dan izzat masuk juga,jadi apalagi saya pun masuk
lah ke dalam majlis tersebut,dengan berpimpin tangan dengan ust.Jamal keseganan itu menjadi kurang,hehe…



sekitar majlis di RKB.

QURBAN..

Selepas majlis selesai ,ust-ust membahagikan ke mana tempat kami akan bermalam pada malam itu,setelah semua sekali selesai, kami berpecah mengikut rumah masing-masing,saya dan izzat pada malam itu masih bermalam di rumah Farid ,sebelum itu saya ada terdengar bahawa ada yang baru datan ni masih belum makan jadi mengajak mereka makan pada mulanya nak makan di kedai ostia pizza,tetapi malang sekali dah pun tutup kerana dah lewat dah.Waima saya dan dan yang lain seramai 6orang berjalan Farid pun kata jomlah kite pergi makan kat kedai abu romi, setelah sampai kami pun menempah menu masing2, saya pula mengikut yang lain makan ayam belanda yang diletak di dalam roti iaitu shis towuk ,kenyang juga makan makanan ni,macam burger tapi stail hamlet,hehe, setelah makan sambil berbual kami pun beransur-ansur pulang ke rumah.Saya dan izzat pulang ke rumah Farid,manakala yang lain ke rumah ust.Adnan.Setelah sampai ke rumah kami mesti tidur terus kerana hari dah lewat malam,esok nak solat hari raya eiduladha yang dianjurkan oleh PMRAM di masjid musa dekat dengan RKB.

Shis towuk.

Pada pagi raya itu kami bangun dan mandi sunat hari raya, selepas itu kami bersalaman antara satu sama lain,di rumah Farid sebelum pergi ke masjid.Pada pagi itu saya dan izzat maka cornflakes tetapi jenama spinneys ,yang disediakan oleh Farid.Selepas selesai sarapan kami bertiga menuju ke masjid,dalam pkul 7.30pagi waktu mesir dan lebih kurang 1.30 petang waktu Malaysia kami pun menunaikan solat raya di jami’ musa khutbah pada pagi tersebut disampaikan sendiri oleh Ust.Khairul Anuar iaitu merangkap Presiden PMRAM.Khutbah berkisar tentang haji wida iaitu haji perpisahan sebak juga hati ini mendengar khutbah tersebut , pergorbanan Rasullullah S.A.W selama 23 tahun berdakwah menyebarkan ISLAM tercinta,dengan suara sayu khutbah disampaikan dan takbir raya sebelum itu air mata hampir menitis tanda kesedihan di pagi raya,selepas solat semua yang hadir mengambil peluang bergambar dan bersalaman dengan Presiden PMRAM,dan Badan pengurus yang lain,saya bertemu dengan ramai sahabat yang pernah bersekolah sekali dan pernah masuk program bersama,hampir terlupa sebab lama tak jumpa.Selepas wida’ di masjid ,


Farid tengah buat cornflakes(syukran)

meh nak ambik gambar.

suasana di pagi raya.

Presiden PMRAM berkhutbah.

menung mana adik ni??


bergambar barisan Pimpinan.

PMRAM.

Dengan Presiden PMRAM.

dengan Ust.Mad.

dengan abe Malik.

Kami maahadians mengambil peluang bergambar di luar masjid pula,hehe,kami diberitahu bahawa unta-unta di RKB akan disembelih pada jam 9pagi saya pun melihat jam eh tak lama dah ni,ada 30minit lagi,cepat2 kami pulang untuk menukar baju masing-masing,

pok2 MAAHAD.

Diluar masjid Musa.

dengan anak abe ilham.

Di RKB ,kami melihat ada 5ekor unta yang mana nak dikorbankan pada pagi ini,ust2 KPKM akan menyembelih,dimulai dengan ust.Norhalif selaku YDP KPKM,dan ust-ust yang lain selepas itu,ramai yang hadir untuk melihat-lihat pada pagi itu, saya pun ini kali pertama tengok unta disembelih,di Malaysia biasanya lembu jer,hehe.Selepas semua unta disembelih qharuf pula yang dikorbankan.Qharuf ini adalah sejenis biri-biri saya pun tak tahu kenapa dipanggil sedemikian, tapi kalau makan mesti badan jadi panas,hehe.Ramai juga budak-budak medik ambil bahagian dalam korban pada kali ini,gembira juga rasa hati ini kerana ramai yang datang memeriahkan majlis, dapatlah juga mengenal dengan lebih ramai lagi sahabat2 untuk menambah kenalan…

unta-unta.

ust.Dne nk smbelih nih.


tolong pegang.


tak wak kijo duk ambik gambar jah.


ust.alif sibuk dgn tulang2.


ust jid sibuk juga.

dinie dgn kepala qharuf

hihi

Pada sebelah malamnya pula kami ke RKB untuk melihat apa yang dibuat oleh ust-ust ,rupa-rupanya ust2 tengah mengerat daging-daging korban untuk di makan keesokan harinya iaitu pada raya ke -2,ada majlis makan esok kata salah seorang ustaz jadi kena wak sedak lani ,kata ust2.RKB ni memang rami yang pandai dalam masakan ,tak hairanlah tetamu dari negeri luar memuji masakan Kelantan ini,saya pun mengambil peluang untuk menolong ust-ust,tidak kurang juga sesi untuk bergambar, memang sangat meriah RKB pada malam itu semacam semua melupakan segala permasalahan yang ada dalam diri masing-masing, molek juga hilanglah sikit stress studi tu…hehe,pada malam itu juga kami sempat juga makan daging unta dengan nasi,memang kenyang sungguh,sampai saya terpaksa meninggalkan talam terlebih awal bagi peluang ke ust-ust,hehe.Selepas itu kami pun balik ke rumah,nak tidur ni esok banyak lagi tempat-tempat yang ingin dilawati,seperti ARMA dewan Malaysia abbasiyah,dan RKB selepas dari itu...

kaca gulai tu.

hasil sembilahan.

makan jah ust ni,hehe.

Pada hari raya ke-2 bersamaan 9hb 12.2008 kami berlima tambah akram dengan mat yang baru sampai dari mansourah,pergi ke ARMA dahulu, untuk majlis raya perubatan di sana, majlisnya simple je ,makan lauk daging dengan acar timun,tapi tak leh lawan RKB lagi dari segi sedapnya,hehe…saya pergi tidak lama disana kerana mahasiswa-mahasiswi perubatan rata-rata masih tidak datang lagi,mungkin ramai yang pergi ke rumah negeri masing-masing dahulu.kami pergi dan balik menaiki bas,dengan harga nus iaitu 50sen seorang ,selepas kami solat zuhur di sana kami pun bertolak ke RKB,

ARMA


Dewan besar.

sampai je di RKB saya melihat berduyun-duyun orang datang untuk majlis rumah terbuka rumah Kelantan baru,tidak kira berasal dari mana-mana negeri pun.Saya duk kat luar dahulu bertemu mata dengan ust-ust RKB yang macho-macho,dengan pakaian baju Melayu bersamping,”meme smart ore klate kito”hehe. Selepas itu kami pun menjamu selera dengan lauk yang memang best,sampai kenyang,hihi. Pada petang itu kami diberitahu bahawa akan balik ke mansoura pada pukul 7 malam dengan tremco,yang telah ditempah oleh ustaz Hamdan ,kami selesai sahaja majlis di sana terus membuat perangan lain iaitu nak pergi rumah ust.Adnan Wazir yang terletak tidak jauh dari RKB,

RKB.

Para hadirin

hidup dok ust??

nak lari mano tu??


on the way rumah ust.Dne jumpo tepi jale.

dalam perjalanan ke sana kami berjumpa ustaz Adnan ,ust pun kata gi lah dulu rumah ,ana ada kerja sikit di RKB,saya dan sahabat2 lain pun pergilah, sampai je di sana kami dilayan oleh ahli beit ust.Adnan iaitu ust.Hamdan ,ustaz Muaz,dan 1,2 orang ustaz lagi ana pun lupa,walaupun kami datang tanpa diberitahu tetapi layanan yang diberikan tetap istimewa, hehe,kami berbual tentang cara-cara untuk sembelih korban ,bagaimana?? dan pantang larang orang2 tua dahulu,memang susah juga kalau nak buat tu tapi insya-Allah ana yakin kita dapat belajar kerana mendapat tunjuk ajar dari ustza-ustaz. Selepas itu kami pun pulang ke rumah sebab akram dengan mat kata nak berehat sekejap kerana letih sampai pagi tadi belum hilang kerana datang je terus nak pergi beraya.,sempat juga balik untuk solat dan berehat sekejap ,masa yang ada masih ada dalam 2jam lagi, sebelum bertolak balik ke mansourah,kami mengemas dan menyimpan barang-barang kami,sebelum keluar dari rumah Farid,tidak dapat diucapkan dengan terima kasih sahaja banyak yang kami terhutang budi dengan Farid dan ahli beit nya,tapi takpelah lain kali kami pula akan melayan kalau diberi umur yang panjang dan selagi mana mampu kami akan membalasnya.,sebelum balik ke mansoura kami masih lagi sempat ke rumah Faaris di samy photo, untuk wida’ ,walaupun tidak lama kami juga dijamu dengan roti dan kuah sate best juga sebelum balik makan ni ,hehe. Kenyang2,,kholas …masa telah menunjukkan 7malam, kami terpaksa bergegas kerana tremco telah pun sampai di RKB,sampai di sana kami melihat yang lain2 telah bersiap,

bye2...

Tata Ust2.

Kami pun wida’ lah dengan ustaz2,satu tremco 10 org ana dengan izzat,mat akram,di depan dan yang lain 6orang akhowat di belakang,legalah juga tidak terlalu padat,tapi bayaran naik sikit,takpelah kata hati ni nak balik dah pun,.kami pun bertolaklah meninggalkan sahabat-sahabat di kaherah dengan rasa sedih,kerana terpaksa berpisah dah.InsyaALLAH lain kali berjumpa lagi,Farid,matki ,dan hasbie menghantar kami di RKB pada malam itu,jadi setelah semua sekali selesai,maka apa lagi sawat(pemandu) tremco pun panggillah kata nak bertolak dah,sekian sahaja coretan perjalanan untuk kali ini ,pada raya ke-3 ada majlis pula di mansoura anjuran PCM ,6ekor lembu,2kerbau, 3qharuf,nanti insyaALLAH ada masa dan peluang saya akan menulis lagi,maaf kerana lambat untuk post blog ni kerana kelambatan internet di rumah, ok harap semua yang membaca blog ini berada dalam keadaan sihat dan sejahtera senantiasa,lafaz terakhir Jazakumullah khairan kathira,wassalam…



Read more...

Wednesday, November 12, 2008

Lawatan Muhibbah BP PMRAM(Abe Malik) dan Ust.Adnan Wazir Penasihat kpkm...


Pada malam 12.11.2008 iaitu semalam rumah ana telah diziarahi oleh dua insan yang begitu disegani di mesir oleh pelajar2 malaysia iaitu Abe Malik dan Ustaz Adnan Wazir, pada pukul 8.20 malam telefon bimbit berbunyi dan tiada nama terpapar pada skrin hp ana ,selepas mengangkat hp baru ana cam siapa?? rupa-rupanya ustaz Adnan ,ana mula-mula bertanya Ustaz duk mano loni?? Ust pun menjawab dengan selamba ana duk depan rumah enta dahni...ana pun menjawab hahh gapo ustaz ,ok2, sebenarnya katanya(Ust.Adnan) nak datang rumah pada hari minggu rupa-rupanya datang dua hari lebih awal ,terkejut ana ,tapi ana teramat gembira menyambut kedatangan mereka kerana bukan senang diaorang nak datang ke muhafazah seperti mansourah ini kerana terlalu sibuk oleh taklifan seharian di kaherah, kedatangan mereka untuk bersua muka dengan pelajar-pelajar kelantan orang kelantan kata program temu mata hehe... disamping untuk taaruf dan taklimat keselamatan di mesir almaklumlah orang berpengalaman ceee... mula2 datang rumah ana dulu lepas tu bergerak ke tingkat atas pula untuk berjumpa orang lain(pelajar kelantan), kami diceritakan tentang keadaan mesir dan hal-hal berbangkit tentang masalah sosial pelajar2 malayzi disini...antara isi diskusi kami pada malam itu adalah berkisar tentang:-

  1. Di Mesir janganlah disebut tentang ikhwan muslimin ataupun Hassan Al-Banna.
  2. Tidak boleh pergi ke masjid-masjid yang dicop oleh amnu-daulah sebagai masjid (IM)Ikhwan muslimin.
  3. Tidak boleh ambil gambar ikut suka (Birahtak).
  4. Tidak boleh berhimpun melebihi 3 orang ataupun lebih.
  5. Jangan mencampuri urusan Arab seperti bergaduh dan sebagainya.
  6. Nak sebut Usrah pun susah juga.
Tidak boleh baca ma'surat di tempat2 awam, sekadar dirumah sahaja.
semua perkara ini harus dijaga oleh pelajar-pelajar malaysia,takut2 dibimbangi dapat memudaratkan diri mereka. oklah akhirnya ana mengucapkan
semoga dengan kedatangan Abg2 ini akan memberi semangat dan maklumat yang berguna kepada adik2 medik disini , disamping mengeratkan silaturahim yang sedia terjalin ini...Ukhwah Fillah...



Read more...

Friday, October 31, 2008

Renungan...


Berjuang itu memang pahit...
kerana syurga itu indah…


Bukan sedikit mahar

yang perlu di bayar..


bukan sedikit pedih yang di tagih…

Ingatlah..

tiada permaidani indah untuk pejuang islam…

tiada gelaran dan anugerah istimewa


Ingatlah..

hanya cabaran dan ujian getir yang menanti…


Ikhlaskan niatmu...

kerana nilai Allah amat tinggi buat hambanya

yang terkorban demi agamanya....

Marilah kita sama-sama mendaulatkan ADDin Tercinta...

Read more...

Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua yg Mengenali...

Terima kasih dan Maaf Zahir&Batin...



Kepada semua sahabat-sahabatku yang berada di Malaysia,Yaman,Madinah,Rusia,dan lain2 lagi,teristimewa diucapkan kepada Pelajar batch SPM2006,Farid,Nabil ,Najib,Dinie,Amir Hafizh,Usrah Syabab ,Pokwe,akram ikrami,Ibrahim Husin,Munir,Muhaimin arif,Anan,Saiful Rahman,syazwan abah,Adib,azim,dan kelas 5SC AL-Fustat...
Dan tidak dilupakan juga kpd Semua Guru-guru di MAAHAD,Ust dan Ustazah yg berkorban utk anak bangsa,(Dewan Pemuda KB)Ust.Din,Abe Din,Ust.Baha,Ust.Ja,Ust.Lokaman,Dr.rosli,PakCik Kamal,P.cIK Zaki,Abe.Aliman,Abe.Piye,dan semua AJK Pemuda PAS koTa Bharu,dan Ust.Nik Abduh,Dr.izani,Ust.Azhar,Ust.syad,P.Cik Li dan semua ajk Pemuda Pengkalan chepa...
dan kawan2 di UM,fahmi ,Abu Ubaidah,Mat Din,Abe.zulkamal,Abe.We,Abe.Dzul,Abe Yusri,Abe.Fauzan,Abe.hasbie,dan kpd semua Abe-Abe yang Tamrinkan Ana di UM, kak Nabil,Kak.Long,K.Fitrah,K.Syahirah,dan kpd semua kak-kak, hehe... kpd group tutorial, ghazali,baem,hisyam,faidzul,sarah,amira,dan semua...
Kawan2 yang berada di UKM juga,Idayu,Zul,Hannan,dan semua sekali yang mengenali...
kawan2 kat IkIP,Asrul,Ju, asyraf,Ain,Dell,dan ramai lagi yang mana tidak disebut disini tetapi tetap diingati Jasamu semua...


Read more...








Setelah tiba di ardhul kinanah, hati ini merasakan kesedihan kerana telah meninggalkan bumi Malaysia yg ramai dgn kwn2 ,ust2, dwn pemuda dan ramai lg…sebelum sampai di mansoura ad-dakohliah,rombongan pelajar ini telah melawat beberapa tempat seperti piramid, kubu salahuddin al ayoubi,khan khalili,tembok Iskandar zulkarnain , dan lain2 lagi ,sungai nil pun ,tapi lalu je lah…




















Mengambil masa selama 2 atau 3 jam, tibalah kami ke mansoura…bandar yg ketiga terbesar selepas kaherah dan Alexandria, tidak lah secantik seperti kota bharu tetapi hati ini mestilah menerima hakikat bahawa lain tempat lain orgnya… pelajar lelaki tinggal di blok A & D, saya sendiri di blok A…












10sept.08 1st ramadhan in Egypt, I felt not hungry or thirsty…but happy ,hehe…tengok budak2 mesir ‘berembah ‘ (kata ore klate),mcm2 ragam boleh dilihat di sini ,dgn kegembiraan ataupun dgn kesedihan, masa utk berbuka tlh tiba kami berlima ,berjalan2 mencari kedai2 yg masih kosong al-maklumlah hari pertama ni susah sikit nak berasap dapur rumah ni…hehe.
Jumpa juga kami kedai tapi bkn kedai makan, kedai air tam(tamarhindi)yg saya gemari…dgn harga 1genih cukup utk satu bungkus air….asok(tebu)pun ada…jalan2 selepas itu jumpa pula kedai jual roti tp dah habis(kholas)…hehe.pergi kat kedai hadramout pun habis jgk…dlm perjalanan kami menemui seorang pak cik bertanya Melayu Melayu???kami pun yo yo Melayu ,rupa2nya dia nk tanya mana tempat anak dia tinggal,kami pun tolong …anak nya tinggal dkt samanudi tdk jauh dr tempat kami iaitu syari’ rabi’ …lpas tu kami menuju ke kedai Nusantara restaurant,mkn nasi goreng …tak sedap pun,huh


11september.08 hari utk mengemas rumah ,walaupun lambat sehari dr dijadualkan tetapi tidak mengapa kerana hari semalam kami gunakn utk berehat terlebih dahulu,letih2…saya tinggal di tingkat bawah dekat dgn bilik bawa’(org gaji) saya tahu arab ni suka benar cekik darah ,pelajar2 gadid ni…huh saya pun mintalah dia tolong beli brg2 utk mengemas,saya ni rapat dgn anak kecil dia org yg 2org tu…nama am dan sayid umar…kesian jgk tgk dia org ni… kalau kat Kelantan mesti ibu bapa kat sana dah hantar PASTI dah ni…tapi nak buat camne keluarga dia org miskin…tdk berkemampuan, inilah MESIR…













12sept. hari ini ergi ke syari’ abu said atau sikah…pasar beli brg elektrik dan mcm2lah, ada sebuah kedai disitu saya dan sahabat2 nak beli pisau,sudu ,pinggan mangkuk dan lain2 lg lah punyalah bising@gege...dgn teriakan penjual2, penjual itu berkata enta misriyyin saya pun fikir2, oh sebab saya minta tawar byk sgt kato ore klate byk do’oh…hehe


13sept ke bandar mansoura yg bising dgn hon ,seminit sekali hon berbunyi apelah mesir ni memang terkejut la dibuatnya…dgn tambang dua genih satu teksi iaitu 1.20sen di malaysia ,saya dan beberapa org sahabat berbuka puasa di pizza hut,hehe dah pergi kfc tp penuh tempat duduk,jadi kami ke pizza ,bkn apa b utk memasak belum cukup lg,takkan nak mkn roti dgn sambal daging jer mcm sahur…


14sept…ke suk atau pasar… betapa kotor nya berbanding pasar berek12 yg berdekatan pejabat PAS,gembira jgk dpt pergi utk mengambil sedikit pengalaman …beli baldi dgn harga 35 genih,dan ada org arab ‘kenak’ kwn saya padahal kwn saya telah membayar 5genih gayung tapi dia kata tak bagi lagi,saya pun kata ya ammu ‘ramadhan kareem’, dia pun tersenyum malu ,haha…dia membalas balik…dia kata dia gurau jer…hrmmm arab2 macam2…
Ptg takde pergi mana2 ,berehat jer…berbuka kat rumah senior dia ajak kerana katanya dia tinggal 2org jer yg lain ada balik Malaysia dan pergi cairo…tak best la berbuka 2org jer,jd kami diajak olehnya…makan dlm talam 6org ,nasi 2kali tambah lauk daging masak merah ,pedas sungguh dia letak serbuk lada…kalu ust din ni tak makan doh…hehe…


15SEPT …pergi lg ke sikah masuk kali ke-2 punyalah pergi dkat dgn berbelas2 kedai tp satu pun tak ada jual periuk nasi ‘hallah tiruz’ arab mesir panggil,tapi beli lah jgk coklat dgn alas meja hehe tak bertangan kosong…balik jgk dgn bnda ditangan, ada la dkat dgn 3jam di sikah gadidah malam tu… byk pengalaman y dpt masa nak pergi sikah ni,antaranya teksi tak nak pergi ,naik teksi lepas tu turun balik krna pemandu tak nak hantar sana krna sesak la sibuk la macam2 alasan diorg bagi, nasib baik ada senior temankan …ada kwn tu tunggu teksi nak pergi sikah dekat dgn 2jam…hehe serik diorang nak keluar...

16sept ..pg basuh kain sebab mesin basuh baru sampai, nak rasmilah dulu,hehe … yg lain2 duk main game dlm laptop la macam2 lah, petang pula sibuk nak tahu tentang berita kerajaan baru nak naik ,dan kerajaan lama(BN) nak jatuh…kebanyakan group kat sini (blok A ) jenis yg pro-rakyat dan anti-BN…hehe yg lain tidak dapat dikesan…


17sept.08…ptg ni gi buka puasa kat rumah senior dan majlis doa selamat diadakan di sana, ramai yg hadir,satu blok A… kna bg kpd 2rumah krna tdk muat utk solat…disana jgk ada bg borang suruh isi rupa2nya borang pelajar perubatan,ohh teringat kata2 ust.Baha pergi sana(Mesir) hati2 dgn IRC @ JIM ,puas saya tanya senior dia org kata ini bkn JIM atau apa2 senior berseloroh ni tgk ada lambang bulan kat lambang persatuan hehe … saya pakai baju yg ust.Din bg kat permatang pauh,ada lambang gambar TOK GURU(mungkin senior tadi perasan kot).Senior tadi jgk menjelaskan tentang beberapa perkara cthnya;tentang PMRAM,kat mesir ni negara separuh darurat ,tak boleh ambil gambar sesuka hati, masjid2 g dilarang pergi krn faktor2 keselamatan, masa nak pergi iftor tadi pun sempat lagi saya melihat arab bertetak sampai berdarah kepala…ish dahsyat sungguh,di Malaysia mesti kena tangkap dah…saya pun beredarlah selepas itu bersama 5orang sahabat,balik kejap dan selepas itu ke masjid badi’ dekat rumah utk solat isyak’dan terawih…selesai solat ada seorang arab mesir yg bernama omar menegur saya bertanya ke mana kamu tadi tak ada ,saya cakap kami pergi berbuka puasa kat rumah kawan…malam sebelum itu dia (omar) cakap dia English teacher umur lebih kurang 50tahun mungkin, dialah yg baling buah tamar kat saya padahal saya dah ambil 3 tapi dia bg lagi …saya pun sambut lagi ,dia tersenyum…saya tegur ramai arab sampai ada yg dah jadi kawan…ust .Din kata cepat mesra kan(dipetik drp pesanan untuk farhan; annasru.wordpress )…hehe









20sept 5.30ptg , hari ni pergi berbuka puasa kat kampung arab, dgn terenko , jauh jgk lah ke dalam kampung,mula2 sampai minum air yg dlm labu sayong arab, lepas tu solat maghi dan berbuka selepas itu nampak gembira org arab di sana dgn kedatangan kami, sampaikan ada yg nak ambil gambar sekali lah macam2 … antara hidangannya adalah roti ish , nasi dgn daging kambing bakar, makaroni, ulam2 ulaman, sayur jeruk … ada kawan2 saya yg tak kenyang dgn hidangan tadi maklumlah tak biasa katanya, nak ketawa pun ada , terharu rasa apabila diberitahu org arab kampung tadi, kumpul duit utk ajak kami datang…rombongan kami ramai ada dlm 200 org (anggaran) ustaz dan ustazah yg lama2 pun datang semuanya dgn terenko…






panjang lagi nak coretkan sebenarnya tapi mata dah layu …hehe,banyak lagi tak cerita,(ngantuk) WALLAHU A’LAM…

Read more...

  © Memacu survival Ummah 2008

Back to TOP