Sunday, May 9, 2010

Inilah Jalan Juang kita .

video





Malam ini tiba-tiba jadi semangat nak upload video ini ,yang pernah saya dan Murabbi atau abang saya buat di rumah saya dulu, seingat saya daripada tengah malam hinggalah subuh.


Sekarang macam-macam kes yang berlaku di malaysia samaada di peringkat pimpinan atau masyarakat sendiri.


Dari kes ,arak , APCO (sebuah syarikat yang didakwa untuk memberi nasihat kepada kerajaan pimpinan UMNO-BN di bawah Dato' seri Najib Razak) dan kes sekarang Judi ,yang berura-ura kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan Judi Bola sepak piala dunia ini di buka di malaysia dengan kerajaan memberi lesen (walaupun untuk nampak "halal" tetapi judi ini tetap haram dan semua agama mengharamkannya.,)


Dan antara ahli parlimen yang mula-mula marah kepada kerajaan di dalam dewan parlimen, adalah ahli parlimen DAP (iaitu parti yang majoritinya bangsa cina).



Isu yang berkisar tentang masyarakat pula adalah , tentang kes Polis tembak orang (kanak-kanak dan remaja)ada pernah saya terbaca dalam status FB kepunyaan seseorang yang berbunyi "Polis ni suka hati jer nak tembak orang ,cek la dulu" yang punya FB ni tiada masalah tetapi yang memberi komen ada yang mnyebut "relax2 la bro ,apa kecoh2"
hairan saya dengan orang yang seperti ini, kalau ada orang yang kata "mahasiswa/wi"
kita ini tidak intelek akan ada suara2 yang marah tetapi lihatlah dan berfikirlah dengan waras wahai semua pembaca...



Saya tiadalah berniat untuk mengulas panjang mengenai hal semasa di malaysia kerana kekangan peperiksaan ,mungkin inilah(kalam) yang terakhir sebelum peperiksaan , diharapkan kepada semua dapat sama-sama mengambil ikhtibar dan sentiasa cakna dan peduli tentang negara kita tanah tumpah darah(bunyi macam patriotik).


Tetapi apa pun semoga semua dapat mengulangkaji pelajaran dan semoga memdapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan menjelma tidak berapa lama lagi.



video




Kami adalah tentera ALLAH , dan mati dalam keadaan taat kpd ALLAH
lebih baik daripada hidup daripada derhaka kepada ALLAH...

Read more...

Tuesday, April 27, 2010

KENYATAAN MEDIA GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SEMALAYSIA (GAMIS) BERKAITAN ISU KEMATIAN ADIK AMINULRASYID


KENYATAAN MEDIA GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SEMALAYSIA (GAMIS)
BERKAITAN ISU KEMATIAN ADIK AMINULRASYID




Pendahuluan



Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian Allahyarham adik Aminulrasyid, 15 tahun, pelajar Sekolah Menegah Seksyen 7, Shah Alam yang telah ditembak di kepala oleh pihak polis. Beberapa media melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun namun dinafikan oleh keluarga Allahyarham. Polis mendakwa kereta yang dipandu oleh Allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda dan polis bertindak melepaskan tembakan yang membunuh Aminulrashid.


Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrashid yang ada bersama Allahyarham dalam kereta semasa kejadian. Dalam laporan polis yang telah dibuat, kawan yang sebaya dengan Allahyarham menegaskan Aminulrashid dalam ketakutan apabila terlanggar kenderaan lain dan memintas kereta peronda berkenaan. Setelah dipintas, anggota peronda terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran. Aminulrashid rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya. Saksi ini melaporkan beliau kemudian di pukul oleh anggota polis sebelum sempat melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.


Menurut Monaliza Mokhtar, Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7, beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai satu fitnah. Pelbagai persoalan timbul di kalangan masyarakat berkaitan kes ini. Kes ini dilihat boleh mencalarkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan awam.



Pendirian GAMIS :



Justeru, dalam kes ini, GAMIS berpendirian :


1. Pihak polis tidak sepatutnya cuai dalam hal ini. Ada prosedur tertentu yang perlu dilalui oleh pihak polis sebelum menembak walau apapun kesalahan seseorang. GAMIS berpandangan, kes tembakan ini adalah tindakan keterlaluan tambahan pula, kalaupun Allahyarham adik Aminulrasyid bersalah sekalipun, dia tetap juvana kerana masih di bawah umur. Pihak polis sangat teliti dalam beberapa kes yang lain seperti penangkapan mahasiswa yang terlibat dalam pilihan raya tetapi seolah-olah terburu-buru dalam kes seperti ini sedangkan ianya melibatkan keselamatan awam. Kemungkinan ianya turut menyebabkan rakyat Malaysia berasa tidak selamat walaupun mereka tidak melakukan kesalahan.


2. GAMIS ingin mengingatkan kepada pengamal media agar berhati-hati dalam kenyataan media sama ada media cetak atau media elektronik. Hal demikian kerana, sikap terburu-buru media dalam menerbitkan isu mungkin boleh menyinggung perasaan keluarga dan orang lain. Dalam isu ini, pelbagai versi berita yang dihidangkan kepada masyarakat sehinggakan mereka keliru tentang kesahihan berita di samping telah menimbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada mangsa dan keluarga. Janganlah hanya kerana inginkan publisiti dan berita panas sehinggakan menimbulkan perkara yang tidak baik dalam masyarakat.



3. GAMIS juga ingin berpesan kepada rakyat Malaysia khususnya agar tidak menerima sesuatu berita dengan mudah. GAMIS amat sedih apabila timbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada Allahyarham dan keluarga sehinggakan dijadikan perbincangan termasuklah di internet sama ada melalui forum-forum maya, blog, facebook dan sebagainya. Ada yang menambah-nambah cerita, mengutuk dan menghina Allahyarham dan keluarga. GAMIS berharap, perkara tidak baik seperti ini dihentikan. Sedangkan Rasulullah s.a.w. juga berpesan agar kita tidak membangkitkan cerita-cerita tidak baik berkaitan seseorang setelah dia meninggal dunia walaupun dia bukan Muslim, apatah lagi kalau ada tokok tambah cerita dan fitnah yang dilemparkan.


4. GAMIS berharap agar Perdana Menteri serta Menteri Keselamatan Dalam Negeri memandang serius kes ini. GAMIS berharap satu jawatankuasa khas ditubuhkan dengan segera serta menyiasat kes ini seadil-adilnya. Kita sedih dengan beberapa kes sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama dalam penyiasatan bahkan masih ada yang belum diselesaikan. Dalam kes Allahyarham Adik Aminulrasyid, siasatan adil dan segera sangat diharapkan kerana telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat. Keadilan haruslah diberikan kepada mereka yang berhak serta tindakan susulan harus diambil sekiranya ingin membersihkan imej keselamatan negara Malaysia.



Penutup


GAMIS turut bersedih dalam isu ini. serta ingin menugcapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan insan tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan beserta orang yang soleh. GAMIS juga menyeru kepada semua pihak termasuklah pihak kerajaan, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), media dan masyarakat agar memandang serius dalam kes-kes seperti ini. Diharapkan kes-kes seperti ini tidak lagi berulang. Semoga keadilan dapat ditegakkan serta keselamatan negara lebih terjamin pada masa akan datang.


Al-Fatihah....








p/s: Apakah akan terjadi jika perkara ini berlaku ke atas adik beradik saudara-saudari sekalian?
arwah sama seperti wajah adik saya yang masih belajar di tingkatan lima sekarang.



Bila terdengar berita ini saya merasa amat dukacita ,sedih , sebak, marah dalam hati ini..
apalah nasib insan ini ?,semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.
Ameen...!


berita lain ,klik!

dan malaysia bukan negara polis!




Read more...

Saturday, April 24, 2010

Malaysia cuma ada 117 pakar pergigian.










KUCHING 24 April - Bilangan pakar ortodontik atau pergigian di negara ini yang hanya berjumlah 117 orang perlu ditambah bagi memastikan nisbahnya dengan jumlah penduduk lebih seimbang.



Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, dengan jumlah 117 orang, nisbah yang ada sekarang ialah seorang pakar Ortodontik bagi setiap 250,000 penduduk sedangkan jumlah ideal yang disasarkan Kementerian Kesihatan ialah 1:100,000.



Beliau berkata, kekurangan itu lebih ketara di sektor awam kerana 61 peratus daripada mereka berkhidmat di sektor swasta.



''Masalah ini berlaku kerana kita mengalami kekurangan pusat latihan serta jumlah tenaga pengajar walaupun kita mendapati ramai yang berminat untuk menceburi bidang ini.



''Kita (kementerian) memandang serius masalah ini dan berusaha untuk mengatasinya dalam tempoh terdekat," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan saintifik antarabangsa Persatuan Pakar Ortodontik Malaysia (MAO) di sini hari ini.



Menurut British Society of Orthodontics, ortodontik merupakan cabang ilmu kedoktoran gigi yang mempelajari pertumbuhan dan perkembangan khususnya tulang rahang dan wajah yang dapat mempengaruhi posisi gigi.



Hanya terdapat 46 pakar Ortodontik yang berkhidmat di sektor awam iaitu 33 berada di Kementerian Kesihatan, institusi pengajian tinggi (10) dan Kementerian Pertahanan (3).



Mohd. Ismail memberitahu, diharapkan menjelang tahun 2015, negara ini mempunyai kira-kira 150 orang pakar ortodontik.




Ujarnya, beliau percaya perkara itu boleh dicapai kerana semakin ramai yang meminati subjek ortodontik.



''Kita akan berusaha melatih lebih ramai lagi pakar ortodontik walaupun ia agak mencabar bagi mencapai bilangan itu.




''Justeru, kita berharap pihak MAO akan membantu kementerian untuk memiliki lebih ramai pakar pergigian pada masa akan datang," katanya.




p/s: good luck and all the best gigians, doakan kejayaan bersama.

kullu najah fil imtihan...






Read more...

Wednesday, April 21, 2010

APCO: Prinsip,Maruah dan kepentingan Kuasa


Sama-sama renungkan



Hubungan Malaysia-Israel merupakan isu yang sensitif bagi umat Islam di Malaysia dan boleh mencetuskan pergolakan politik kepada parti pemerintah Barisan Nasional/UMNO. Malaysia dan kebanyakan negara Islam tidak mengiktiraf negara Israel. Sebarangan hubungan dengan Yahudi Amerika turut ditafsir Malaysia mengiktiraf negara Israel.

Selepas Perjanjian Kem David antara Presiden Mesir Anwar Sadat dengan Perdana Menteri Israel Menachem Begin pada 17 September 1978, banyak negara Islam telah mengiktiraf negara itu. Beberapa fatwa telah dikeluar oleh ulama Mesir untuk menghalalkan perjanjian tersebut.


Negara Israel ditubuhkan pada 1947 sedangkan Malaysia ditubuhkan pada 1957. Kedua-dua negara ini adalah bekas tanah jajahan British. British menguasai Mesir (1914), Terusan Suez dan Baitul Maqdis pada 11 Disember 1917.



KEDUA

Jarak negara Israel dengan Malaysia sangat jauh tetapi realitinya sangat dekat. Majoriti rakyat Malaysia yang berugama Islam telah berpihak kepada bangsa Arab di bumi Palestin yang berugama Islam. Sedangkan Israel merupakan negara baru yang ditubuhkan pada 1948 selepas Perang Dunia Kedua hasil tajaan Britain.


Dalam al Quran, Israel merujuk kepada Bani Israel yang degil dan menyeleweng. Ramai Nabi dan Rasul dari keturunan Israel seperti Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ishak, Nabi Musa dan lain-lain. Sedangkan Nabi Muhamad keturunan Arab. Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama samawi yang muncul di Semenanjung Arab. Baitul Maqdis menjadi kota suci Yahudi dan Kristian dan kota suci ke-3 bagi umat Islam. Kota ini juga menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Kaabah di Makkah oleh Nabi Muhamad.



KETIGA


Jabatan Imigresen Malaysia menetapkan negara Israel haram dilawati oleh rakyat Malaysia. Ini kerana Israel merupakan negara baru yang ditubuhkan di bumi Arab Palestin yang berugama Islam. Perang Iarael - Palestin yang berterusan menyebabkan kawasan itu sangat berbahaya. Sementara China dilarang dilawati kerana China menyokong perjuangan Parti Komunis Malaya. Korea Utara dan Afrika Selatan juga termasuk 92 negara yang dilarang. tetapi kini hanya tinggal Israel sahaja.


Pada 6 Julai 1994, Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Pengakuan Tunku Abdullah ini telah disiarkan dalam Utusan Malaysia dan mengejutkan ramai pihak. Beliau dikatakan rakyat Malaysia pertama melawat negara Israel sejak 1957. Tunku Abdullah merupakan adik kepada Yang diPertuan Agong.


Pada 17 Julai 1994, Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah dijemput menemui Yizhak Rabin dan Shimon Peres. Potensi pelancongan rakyat Malaysia ke Baitul Maqdis amatlah besar. Dalam kes Gilad Feldman dari Israel, beliau tidak dapat hadiah utama 2GB iPod Nano dari “LiewCF.com Survey 2006” kerana tidak ada hubungan antara Malaysia dengan israel.[1]


Pada 21 Mac 1997 pasukan kriket Israel dibenarkan menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa itu di Kuala Lumpur. Kebenaran itu diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia , Dr Mahathir Mohamad atas semangat kesukanan .Mereka hadir dalam Kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC). Kehadiran mereka mengundang demontrasi oleh mahasiswa di perkarangan Universiti Malaya. Turut ditahan ialah Mahfuz Omar dari PAS.


Pada 29 Julai 2008 Pasukan bola sepak Chelsea dari Britain yang melakukan perlawanan persahabatan dengan Malaysia mengundang kontroversi. Ini kerana pasukan itu mempunyai dua warga Israel iaitu pengurus pasukan, Avram Grant dan pemain pertahanan, Tal Ben Haim.



KEEMPAT


Cendekiawan dan jutawan Yahudi dari Jerman dan seluruh dunia berhijrah ke Amerika Syarikat kerana dasar bebas negara tersebut.Bilangan Yahudi Amerika kecil sahaja tetapi menjadi pelobi dasar luar Amerika yang cukup berjaya. Survival dan keselamatan Israel di bumi Arab menjadi teras dan tidak pernah berganjak sejak 1948.


Tekanan ketenteraan dan politik dikenakan kepada negara Islam yang kuat seperti Iraq, Iran, Arab Saudi, Mesir, Jordan, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Malaysia dan lain-lain. Israel bagaikan wilayah Amerika Syarikat itu sendiri atau proksi Amerika di Asia Barat.


Negara-negara Islam melalui OIC dan PBB mengemukakan pelbagai usul berhubung Iarael dan Palestin tetapi sentiasa ditangguhkan atau diveto oleh Amerika Syarikat. Kebanyakan negara Islam yang kuat mengambil sikap pro Amerika dan bertelagah sesama sendiri dalam OIC.



mesyuarat antara KDN dan Wakil APCO


KELIMA


Malaysia berpendapat Perang Arab Israel perlu ditamatkan dan biarkan rakyat asal menentukan arah tuju negara Palestin mahupun Israel. Malaysia amat mengharapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyelesaikan masalah Iarael-Palestin. Tetapi anggota Majlis Keselamatan PBB sentiasa sahaja tidak memihak kepada OIC atau tidak dikuatkuasakan. Kejayaan Razali Ismail menyertai Majlis Kesrelamatan PBB juga tidak membuahkan hasil yang diharapkan.


Malaysia sebuah negara yang kecil dan sedang membangun , penduduk 27 juta tidak mampu memberikan tekanan politik dan ketenteraan kepada Israel, Britain apalagi Amerika Syarikat. Malaysia selesa menjadi ahli Komanwel dan NAM. Dasar berkecuali ini dilakukan oleh Malaysia sejak Tunku Abdul Rahman hinggalah ke era Tun Dr Mahathir.


Jarak yang jauh menyukarkan Malaysia terlibat dalam Perang Arab-Israel.

Pemimpin kerajaan dan pembangkang di Malaysia dilihat hanya berkokok di luar tanpa sebarang penghantaran tentera atau logistik. Berbanding dengan Mesir, Jordan, Syria, Libya dan Turki, peranan Malaysia amat pasif sekali. Negara Arab ini bersempadan daratan dengan Israel khususnya Mesir, Jordan dan Syria.



KEENAM



Orang Melayu, Cina, India dan lain-lain tidak begitu memahami sejarah kewujudan Israel. Memandangkan Orang Melayu berugama Islam , maka mereka patut menyokong Arab/Palestin yang berugama Islam.


Pada peringkat awal, perang ini dilihat sebagai perang antara Islam dan Yahudi. Kemudian bertukar kepada perang Arab-Israel. Seterusnya ditafsir sebagai perang israel-Palestin. Apabila PLO lantang di Palestin, perang ini dilihat antara Israel-PLO. Sekarang perang ini dilihat antara Israel-Hamas atau perang Israel-Hizbullah sahaja.


Bagi menjelaskan isu dan sejarah perang ini, Jabatan Perdana Menteri telah menerbitkan buku khas berhubung sejarah kewujudan Israel ini dan mengapa Malaysia tidak menyokong Israel dan menyokong Palestin.



KETUJUH


Pada 10 September 1982, dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-33, Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau dan setiausaha politiknya menjadi ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi/Israel iaitu Freemason. Freemason adalah kelab elit rahsia di banyak negara bagi menentukan kelangsungan dan kewujudan negara Israel. Ada tuduhan , ahli Freemason menjadi pekerja sukarela pilihan raya UMNO sejak 1974 lagi. Freemason didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966. Tahun 1977 Freemason mempunyai 55 lodges ( komuniti) dan 2984 ahli.


Pada 25 Oktober 1978 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Malaysia, Tun Hussein Onn menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak berhasrat mengharamkan pertubuhan Freemason. Walaupun mengakui Freemason bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit berpengaruh menyertainya. Jawapan ini diberikan berikutan soalan daripada Nik Abdul Aziz Nik Mat, wakil PAS dari Pengkalan Chepa, Kelantan. [2]



KELAPAN


Walaupun Singapura telah lama disingkirkan dari Malaysia, ramai rakyat Malaysia mahu menentukan hala tuju Singapura. Lee Kuan Yew mahu Singapura menggunakan teori terkepung iaitu di kelilingi negara Islam di Malaysia, Indonesia, Brunei dan selatan Thailand. Singapura terpaksa membangunkan angkatan bersenjata dengan bantuan Israel yang juga 'terkepung'.



Lee Kuan Yew mengarahkan Goh Keng Swee untuk menghubungi Mordechai Kidron, Duta Israel di Bangkok pada 9 September 1965, hanya beberapa bulan setelah pemisahan Singapura dari Malaysia. Bukan Singapura yang aktif untuk meminta Israel masuk, tapi Israel lah yang pertama kali menawarkan diri agar bisa terlibat secara aktif di wilayah Asia Tenggara. Singapura adalah tangan Israel di Asia Tenggara.[3]



Selepas Perang Yom Kippur, Singapura membeli 72 kereta kebal MX-13 light dari Israel yang kononnya berlebihan. Sedangkan Malaysia tidak memiliki sebuah pun ketika itu.Pada Mei 1969 Singapura membenarkan Israel membuka kedutaan di Singapura. Singapura juga membeli satelit Indosat dari Indonesia. Angkatan bersenjata Singapura berjaya dibangunkan dengan bantuan 18 pegawai tentera Israel. [4]



Pada November [1986] ,Presiden Israel Chaim Herzog dari Israel melawat negara sahabatnya Singapura. Pesawat Israel terpaksa melalui ruang udara Malaysia sebelum mendarat di Lapangan Terbang Changi. Tentangan rakyat Malaysia berhubung penggunaan ruang udara ini tidak diendahkan oleh Dr Mahathir kerana tidak mahu dilihat terlalu anti-Yahudi. Bantahan dari Brunei, Indonesia dan Malaysia ini tidak dipedulikan oleh kerajaan Singapura.



Chaim Herzog menjadi tentera pejuang Israel dalam perang 6 hari antara Israel dengan Mesir dan Syria pada 26 Oktober 1973. Perang ini dikenali juga dengan nama Perang Yom Kippur atau perang Ramadan. Israel menang mutlak dalam perang ini. Malahan Israel menguasai Bukit Golan, Tebing Barat , Semenanjung Gaza dan Gurun Sinai.



Pada Oktober 1993, Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin melawat Singapura dan merupakan perdana menteri Israel pertama melawat negara itu. Yitzhak juga melawat Indonesia. Ketika ini tidak ada lagi bantahan dari rakyat Malaysia. [5]




KESEMBILAN



Dr Henry Kissinger merupakan seorang Yahudi Amerika yang telah menjadi Setiausaha Amerika Syarikat. Pada 6 Mac 1987 ,pengerusi ISIS , Dr Noordin Sophie telah mengatur pertemuan antara Dr Mahathir dengan Dr Henry Kissinger dalam Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur.



KESEPULUH



Pada Mei 1994 , Parlimen Malaysia meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.



Tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272,000 dolar US dalam tahun 1966 kepada 565,000 dolar US tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah dari 1.1 juta dolar US kepada 1.7 juta dolar US.



Pada 7 April 1994, Malaysia mengharamkan filem Schindler's List , hasil arahan Steven Spielberg. Filem panjang ini menceritakan nasib malang Yahudi Jerman yang disiksa oleh tentera Nazi Jerman.[6][7]


Pada Ogos 1984 ,persembahan New York Philharmonic yang sepatutnya diadakan di Kuala Lumpur telah dibatalkan. Komposernya ialah Ernst Bloch, seorang Yahudi.[8]



KESEBELAS


Pada 6-9 Julai 1994 Dr Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Laporan berita oleh TV Israel dan AFP dinafikan oleh Dr Mahathir dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat.(keliru)



Pada 26 September , Menteri Luar Malaysia , Syed Hamid Albar bersalam dan berbincang dengan rakan sejawatan dari Israel , Devid Levy di New York. David Levy baru dilantik oleh Perdana Menteri Israel , Ehud Barak. David Levy merupakan Yahudi kelahiran Maghribi. Mereka berbincang berhubung perdamaian Arab/Palestin - Israel ketika sesi Perhimpunan Agung PBB. Ketua Pemuda PAS ketika itu, Sdr Mahfuz Omar melalui surat khabar Harakah pertemuan ini. PAS melabelkan mengecamIsrael sebagai negara pengganas.Sokongan kerajaan Malaysia kepada perjuangan Palestin adalah "empty pledge" . [9] [10]




Pada 16 Ogos 1999, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengutus surat tahniah kepada Ehud Barak yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Israel. Bagaimanapun sumber surat ini tidak dapat disahkan.



Anwar Ibrahim dihantar ke negara-negara Islam untuk berceramah topik Islam dan demokrasi. Peranan ini diberikan oleh Council of Foreign Relations, New York. Semasa menjadi Menteri Kewangan Malaysia, Anwar Ibrahim telah berhubungan dengan Wolfowitz , seorang Yahudi Amerika.



Pada Jun 2009, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak pada satu majlis koktail semasa Pertunjukkan Udara Paris di Perancis. Zahid mengenakan beberapa syarat pertemuan iaitu seperti tiada pegawai pengiring daripada pihak Israel, tiada jurugambar dan tiada "double standard" kerana bimbang disalahtafsir.Jika Israel menghulurkan tangan untuk mewujudkan keamanan, jangan pula tangan kiri melakukan keganasan ke atas rakyat Palestin, Lubnan, Syria , Mesir dan lain-lain.Pertemuan dibangkitkan semasa Zahid berada di Beirut pada 17 Julai 2009. [11]



Zahid meninjau lokasi 340 anggota [Angkatan Tentera Malaysia] (ATM) yang menyertai Kontinjen Malaysia (Malcon) yang berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memastikan keamanan berterusan di sempadan Lubnan-Israel. Menteri Pertahanan Lubnan, Elias Al-Murr sedia membeli peralatan ketenteraan biasa, kenderaan tentera dan bukan berbentuk "offensive".[12]



KEDUABELAS



Pada 17 Oktober 2003, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia menggesa umat Islam bersatu menentang Yahudi.(td lain skrg lain) Seruan itu dibuat semasa Persidangan OIC ke-57 di Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Presiden Russia, Vladimir Putin. Remaja Islam hendaklah menghindari serangan berani mati . Tafsiran semula al Quran hendaklah diusahakan supaya selaras dengan perkembangan sains dan teknologi. [13]


Pada 21 Oktober 2003 dalam temubual dengan The Bangkok Post , Dr Mahathir menjelaskan beliau bukan anti-Semitik. Israel sebuah negara yang kecil dan tidak ramai Yahudi di dunia ini.



Tetapi mereka mengawal dunia.. Beliau menegaskan Malaysia telah menjemput pasukan kriket dan pelajar sekolah Israel datang ke Malaysia. Ini menunjukkan bahawa mereka selamat di sebuah negara Muslim dan tidak akan dibunuh. Banyak media cetak dan elektronik dikuasai oleh Yahudi. Orang Islam digambarkan sebagai pengganas .Umat Islam kuat kerana berjumlah 1.3 bilion dan tidak mudah dimusnahkan.Sebaliknya Eropah lah yang membunuh 6 juta Yahudi semasa Holocaust dan kini bermati-matian mempertahankan Israel.




Sebenarnya orang Eropah yang anti-Yahudi dan anti-Semitik. Yahudi yang berjumlah 12 juta telah memerintah dunia melalui proksi.[14] Jonathan Peled selaku jurucakap Menteri Luar Israel kesal dengan ucapan Perdana Menteri Malaysia itu dan retorik Mahathir seperti itu bukanlah baru. [15]



Ketika Krisis Kewangan Asia 1998, Dr Mahathir menyalahkan konspirasi Yahudi Amerika bernama George Soros. George Soros dikatakan telah melancarkan pembelian saham dan jualan singkat sehingga menyebabkan bursa saham Malaysia jatuh merudum.Dr Mahathir tidak menyalahkan Yahudi tetapi realitinya Yahudi / Soros berada di belakang masalah ini. Tetapi pada 2006, Dr Mahathir telah bertemu dengan George Soros di Kuala Lumpur.Anaknya Marina Mahathir juga telah menemui Soros dalam pertemuan itu.



Pada 21 Februari 2006, The Los Angeles Times melaporkan pada pelobi Yahudi, Jack Abramoff telah menerima $1.2 juta dari kerajaan Malaysia kerana mengatur pertemuan antara Dr Mahathir dengan George W.Bush pada Mei 2002 di pejabat Oval . Dr Mahathir mengesahkan laporan tersebut tetapi wang tersebut bukan wang kerajaan Malaysia. Abramoff telah menghubungi Karl Rove , iaitu penasihat Presiden Amerika Syarikat. [16]








diatas adalah surat perjanjian PDRM-APCO




KETIGA BELAS



Saham 31 % Pantai Holding Berhad telah dijual kepada Parkways Holdings Limited iaitu syarikat milik pelobi Zionis bernama Richard C Blum. Pantai mempunyai 6 buah hospital swasta di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Cheras, Klang,Ipoh, Pulau Pinang dan Batu Pahat. [17]


Syarikat MITV milik Israel di Singapura memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. MITV mengalahkan syarikat lain yang lebih layak seperti DiGi. 5 % saham Telekom Malaysia dijual kepada Temasek Holdings. Sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar Siam dengan ketenteraan Israel. [18]


Konvoi Malaysia turut terlibat dalam Viva Palestina pergi ke Gaza pada 2009 . Datin Seri Rosmah Mansur telah menghubungi Susan Mubarak di Mesir bagi membebaskan peserta Viva Palestin dari Malaysia.



Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mahfuz Omar mempertikaikan kewajaran Datuk Seri Najib Tun Razak melantik firma konsultan komunikasi APCO Worldwide untuk mempromosikan nama dan jenama 1Malaysia. Anwar mahu Najib menjelaskan kaitan antara 1Malaysia dengan One Israel . Tuduhan Anwar itu boleh menyebabkan Anwar digantung selama setahun kerana memfitnah.[19][20]



Laman web Chegu Badrul Hisham Shahrin mempersoalkan Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H) berpangkalan di Singapura yang mendapat tender RM42 juta. Beliau curiga maklumat keselamatan, pertahanan dan data sulit PDRM akan terlepas kepada ‘programmer’ tentera Israel. Izhak David Naskar memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Beliau adalah pakar komputer dan telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Beliau membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.




Seorang lagi ialah yang membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.[21] Pada 6 April 2010, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti bahawa ejen Israel wujud dalam PDRM.[22][23].



Pada 13 April 2010,Datuk Wira Abu Seman Yusop menjelaskan di Parlimen bahawa kesemua pekerja yang terlibat dalam pembangunan projek "Police Reporting System" (PRS) PDRM terdiri daripada warga tempatan kecuali seorang warga India.Fasa 1 dan Fasa 2 oleh Sapura System Sdn Bhd (SSSB).




Fasa 3 oleh Masterplan Consulting Sdn Bhd (MPC) yang melantik subkontraktor iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd.

70 % saham syarikat ini dimiliki rakyat Malaysia dan bakinya dimiliki Asiasoft (S) Pte Ltd. Selepas Ogos 2007, 100 % saham milik Asiasoft (S) Pte Ltd telah diambil alih oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berdaftar di Singapura dan bukannya di Tel Aviv, Israel. Asiasoft Global Pte Ltd dimiliki seorang rakyat Singapura iaitu Toh Kian Hong (49 %) dan Top Image Systems Ltd (TIS) (51 %).Dua daripada anggota lembaga pengarahnya adalah rakyat Israel. Fasa 3 telah disiapkan pada Oktober 2006, sebelum penstrukturan. Selepas siasatan, subkontraktor Asiasoft (M) Sdn Bhd ditamatkan pada 31 Dis 2008.
[24]




Saya pelik dan hairan dengan orang yang masih menyokong ini betullah ada orang yang berkata fikiran kita masih di takuk lama, tidak berkembang tetap dari dulu sehingga sekarang masih disitu, "kita hanya diajar untuk membeli ikan tidak untuk menangkap ikan"
di mana sensitif kita , apakah wajar jika kita menyokong(perkara diatas) dalam masa yang sama mengadakan kutipan derma untuk palestin dan sama-sama membenci terhadap israel.
fikirlah jangan sekadar munafik dan "sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja"




"Membangun Bersama Islam"







Read more...

  © Memacu survival Ummah 2008

Back to TOP