Saturday, April 26, 2008

Sepintas lalu tentang 2 Segitiga bermuda (Segitiga Syaitan)

Salaaaam alaikum w.b.t……. Ramai yang dah tahu tentang 2 tempat istimewa ini. Cuma saya mahu mencorat-coret di sini sekiranya dapat menambah pengetahuan saudara. Bak Saidina Ali r.a pernah berpesan hendaklah kita mengenal kebaikan dan mengenal juga keburukan. Kita mengenal Allah dan kita mengenal juga syaitan. Tapi kenal syaitan jangan lepas tu bercinta dengan dia pulak! Tetapi kenal sekadar mahu tahu apa kelemahannya dan strateginya. Ibarat jika mahu berperang, mesti tahu dan kaji kelemahan musuh. Baru boleh berperang dengan baik insyaAllah.

Apakah dia 2 segitiga Syaitan ini?

2 Tempat popular itu ialah Segitiga Bermuda - Bermuda Triangle yang letaknya di antara perairan Florida, Amerika Syarikat - Puerto Rico, Mexico - dan kepulauan Bermuda (sila rujuk peta di bawah) di lautan Atlantik dan Segitiga Naga - Dragon’s Triangle (atau dikenali juga sebagai Laut Syaitan) yang letaknya diperairan Jepun iaitu di kepulauan Miyake, Lautan Pasifik, 100 km dari Tokyo. Dan segitiga ini berhampiran dengan satu lagi segitiga yang hebat sepertimana Segitiga Bermuda juga iaitu Segitiga Formosa yang berada di kepulauan Formosa, Taiwan. Dan bagi saya, Segitiga Formosa dan Segitiga Naga ini adalah seperti adik-beradik kerana ia amat hampir dan kejadian-kejadian aneh pun berlaku di sana sepertimana Segitiga Bermuda. Maka saya simpulkan bahawa ianya adalah kerajaan Iblis di sebelah timur , di samping Segitiga Bermuda yang mewakili kerajaan utama Iblis di sebelah barat.

Seperti yang anda dapat dilihat dalam peta-peta di atas, kedua-duanya berada di garisan tengah Bumi dan satu di sebelah barat (Segitiga Bermuda) dan satu di sebelah timur (Segitiga Naga). Kedua-duanya seperti sudah dirancang dan ada maksud yang tertentu. Cuma dalam firasat saya, yang sebelah barat itu adalah kerajaan yang mengawal sebelah barat Bumi manakala yang sebelah timur itu pula mengawal sebelah timur Bumi. Begitu strategik sekali pemilihan yang dibuat oleh mereka yang terlibat itu, isy7

Kedua-dua tempat ini sangat popular dengan kehilangan kapal, pesawat dan kehilangan-kehilangan misteri lain apabila melalui kawasan tersebut. Tetapi bukan kesemua yang melaluinya akan hilang, tetapi sejarah banyak membuktikan betapa terlalu banyak yang sudah menjadi korban dan akhirnya sepi tanpa berita (missing in action) di kawasan itu.

Mengapa kapal atau pesawat boleh ghaib dengan tiba-tiba di situ?

Ini lah yang menimbulkan tanda-tanya ramai manusia dan pelbagai pendapat telah diutarakan.

- Ada yang mengatakan kerana medan magnet yang menarik ke dasar laut, kerana tempat itu berada di garisan Agonik (Agonic line), di mana utara magnetik sama dengan utara geografik.

- Ia juga merupakan tempat pertemuan arus sejuk dan arus panas, yang boleh mewujudkan medan magnet. Juga diakui adanya wap yang naik dari air kawasan tersebut.

- Ada yang mengatakan kapal-kapal tenggelam kerana adanya gas methana dan terjadinya proses Methane hydrate yang mengurangkan ketumpatan air.

- Adanya satu kawasan yang diberi nama ‘Blue Hole’, tetapi ia masih diragui kerana Blue Hole tidak mampu untuk menyedut kapal-kapal besar.

- Terjadinya ribut dan ombak laut yang amat besar menenggelamkan kapal-kapal yang melaluinya.

- Ada pula pendapat mengatakan mereka diculik oleh makhluk asing yang tinggal di situ.

- Dan tidak kurang yang mengatakan mereka diculik oleh kerajaan jin dan iblis.

Maka teori sekadar tinggal teori. Tetapi pendapat yang terakhir itu ada banyak relevannya dari segi kerohanian kerana ada banyak sebab. Antaranya;

- Iblis dan jin telah banyak yang lari ke kawasan lautan dan dasar laut.

- Syaitan amat suka bermain-main di tempat antara cerah dan gelap, sejuk dan panas.

- Dajjal telah bersepakat dengan kerajaan Iblis, dan mereka mahu meniru dan melawan istana Nabi Sulaiman dahulu, lalu mereka bina singgahsana kristal di tengah lautan.

Maka timbul pula soalan, mengapa mereka mahu menculik manusia? Maka di situ tidak pastilah apa tujuan mereka. tetapi andaian-andaian boleh dibuat kerana mungkin mereka perlukan tenaga manusia untuk bekerja dengan mereka, mungkin mereka mahu mengkaji tentang tubuh badan manusia, mungkin mereka mahu mengawal manusia yang mereka culik itu dan menjadikannya spy bagi mereka dan macam-macam andaian lagi boleh dibuat kerana penculikan itu ada logiknya berdasarkan kepada banyak faktor.

Dan begitu juga dengan teori-teori yang berkaitan dengan sains tadi, semuanya ada logiknya. Cuma yang mana paling tepat masih menjadi misteri. Bukan sekadar misteri nusantara, tetapi Misteri Antarabangsa! Dan mungkin ia juga ada kaitan dengan misteri tenggelamnya benua Atlantis suatu masa dahulu.

Semua tempat yg merupakan pertemuan dua laut, yakni pertemuan antara aliran air panas dan sejuk, adalah kawasan yang dipilih oleh Iblis dan pembantu2nya sebagai pusat pemerintahan kerajaan dan negaranya. Seperti yg dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. ketika beliau melarang seseorang untuk duduk di antara tempat yang panas dan yang teduh. Beliau mengatakan, “Itu adalah tempat duduk syaitan”.

Kerajaan-kerajaan jin di atas air

Kita tinggal di atas Bumi yang merupakan 71% adalah permukaan air manakala hanya 28% daratan. Secara terangnya kita hanya menghuni hanya 1/3 dari kawasan Bumi (walaupun kita tidak menghuni secara padat). Iblis dan jin pula telah Allah ciptakan beribu-ribu tahun terlebih dahulu dari Allah mencipta Nabi Adam a.s sebagai khalifah di muka bumi ini. Menunjukkan betapa mereka sudah tersangat maju dalam sains dan teknologi sehinggakan tempat tinggal mereka berada di mana-mana termasuk di atas air.

Maka tidak hairanlah apabila kita melihat sekarang ada manusia pun yang dapat berjalan atas air, walaupun dia bukannya seorang Islam yang warak. Tidak lain dan tidak bukan semua itu adalah dengan bantuan para jin.

Apa kesukaan jin dan kesukaan manusia?

Dan makhluk-makhluk halus yang terdiri dari unsur-unsur api, zarah-zarah mereka terdiri dari caj-caj elektrik, amat suka kepada tempat pertemuan antara panas dan sejuk. Maka Segitiga Bermuda dan Segitiga Formosa adalah antara tempat pertemuan arus panas dan sejuk yang terbaik di dunia kerana ia terletak strategik di tengah garisan khatulistiwa Bumi. Dan tidak lupa jin-jin juga suka makan asap, kerana asap juga berasal dari unsur api. Seperti mana kita manusia yang sukakan minuman segar, makanan yang hangat, buah-buahan segar dan menghirup oksigen dan udara segar kerana kita ini terdiri dari 4 unsur iaitu air, api, tanah dan angin. Air pasangannya api manakala tanah pasangannya angin.

Kesimpulan

Misteri 2 segitiga syaitan ini menghubung-kaitkan pula kepada beberapa misteri segitiga lain termasuklah

- piramid yang berbentuk segitiga,

- lambang syaitan dan kerajaan Israel yang berbentuk dua segitiga tonggang-terbalik dan gabungan segitiga-segitiga,

- konsep Trinity (3 dalam 1) di dalam agama kristian ,

- lambang-lambang segitiga yang banyak terdapat di serata dunia ,

- segitiga-segitiga emas (kawasan dadah),

- misteri UFO dan sebagainya.

Dan hendaklah kita ingat, bukan hanya manusia yang mempunyai kerajaan di dunia ini, tetapi ada lagi makhluk lain yang berkerajaan termasuklah kerajaan jin dan iblis laknatullah. InsyaAllah, bicara tentang pengetahuan bersangkutan hal ini akan disinambungkan dari semasa ke semasa. Segala komen adalah dialu-alukan untuk mengutarakan pendapat-pendapat anda. Wallahu a’lam

Rujukan :

1 - Dialog dengan jin muslim - Muhammad Isa Dawud.

2 - Wikipedia

Read more...

Friday, April 25, 2008

Read more...

Read more...

News : Pemulihan badan kehakiman tidak bermakna jika Zaki sebagai Ketua Hakim


Kuala Lumpur:
Memetik laporan The Star ahad lepas, Naib Presiden PAS, Dato’ Hj Husam Musa berkata, pemulihan badan kehakiman di negara ini boleh dianggap tidak bermakna jika Tan Sri Zaki Azmi dilantik sebagai ketua Hakim Negara yang baru.

Zaki pernah dilantik menjadi ahli jawatankuasa disiplin Umno dan kini adalah presiden Mahkamah Rayuan. Perlantikan beliau ke jawatan tersebut pernah mendapat tentangan dari pihak pembangkang kerana perlantikan tersebut tidak mencerminkan ketelusan kerajaan.

Baca Seterusnya

Read more...

Opinion : KETUANAN MELAYU ATAU APA?


Oleh:ISLAM(MELAYU)

Seringkali
kedengaran suara-suara ketakutan di kalangan masyarakat Melayu bahawa kini semakin terhakisnya kuasa Melayu seiringan dengan peningkatan apa yang dipanggil kuasa Cina.

Telahan begini muncul setelah bermulanya episod baru Politik Malaysia pasca Pilihanraya Umum ke12, 8 Mac lalu. Persoalannya, kenapakah suara-suara berbau perkauman ini muncul sedemikian rupa?

Salahkan UMNO dan salahkan Pemimpin Melayu dalam Barisan Nasional. Ini kerana mereka selama ini sering berkempen menakutkan bangsa lain terhadap parti tonggak perjuangan Islam di Malaysia - PAS. Kuasa Islam mesti ditegakkan segera.



Pada ketika ramai pengundi Cina dan India mula memberi sokongan terbuka kepada PAS, Umno pula kelihatan anti PAS, anti Cina anti India malah anti Perjuangan Islam. Perbuatan mereka yang menunjukkan kebencian terbuka terhadap bangsa lain seperti ini (secara terbuka menjerit peri Ketuanan MELAYU), bakal mengundang kebencian kaum lain terhadap kita MELAYU mahupun Kita ISLAM.

Bangsa lain ini, akan secara terbuka pula melancarkan perang terhadap apa yang mereka dakwa ketidakadilan pemimpin Melayu. Umno sering kelihatan ingin berperang dengan kaum lain (kununnya) demi survival Melayu.

Manakala PAS dan PKR bertegas untuk berbaik-baik dengan kaum lain, menegakkan apa yang dipanggil Negara Berkebajikan serta menjamin hak-hak keadilan dalam pembangunan dan pengagihan kekayaan Negara, dengan penegasan untuk terus memelihara Perlembagaan Negara serta Persefahaman Tunjang Asas Pembentukan Malaysia. Penegasan tersebut terkandung secara tersurat dan tersirat melalui Perlembagaan Parti PAS dan PKR.

Tidak seperti UMNO, dengan perbuatannya yang sering menghunus keris ke arah kaum lain, mengundang peri peningkatan sokongan pengundi cina terhadap DAP.

Fikirkan dan kembali kepada kuasa ISLAM. Kuasa ALLAH. Sesungguhnya sesuatu BANGSA ataupun Kaum (bila-bilapun) tidak dapat membunuh kekuasaan Islam mahupun menjadi penyelamat UMMAT tanpa keizinan Allah SWT. Janganlah kita tergelincir AQIDAH dalam hal sebegini. Kuatkan Amalan, Tegakkan Makruf, Hancurkan Kemungkaran, Ikhlas dalam beramal ibadat.

Yakinlah sesungguhnya penyelamat Ummat adalah hanya sanya ALLAH SWT. Hanya Allah lah yang merencanakan segala sesuatu. Ingat!! Bukan Melayu, Bukan India, Bukan CINA dan semestinya bukan pula DAP.

Oleh yang demikian, jika masih ada yang cuba menasihati para penyokong mahupun Pimpinan PAS dan PKR, alihkanlah nasihat anda kepada para Pemimpin Unmo. Ini adalah kerana para pemimpin PAS dan PKR seyakin saya, amat sedar dan insaf akan KEMERDEKAAN Hakiki.

Kemerdekaan yang bukan dengan Cara JUAL-BELI seperti sekarang ini. Pimpinan Melayu Umno yang selama ini megah dan angkuh dengan kuasa yang ada, sewenang-wenangnya mengubah dan mengalih kawasan pengundian melalui jalan Persempadanan Pilihanraya demi keuntungan Politik mereka.

Dulunya kerana dirasakan pengundi Melayu semakin cenderung kepada PAS, maka ditakutkan bangsa lain terhadap PAS. Maka berbondong-bondong pengundi lain ini mengundi BN untuk menafikan cita-cita 'Negara Islam' impian PAS yang sangat ditakuti oleh DAP itu (baca: Lim Kit Siang dan Karpal Singh). Maka banyak kawasan pengundi Cina di tambah bagi menguntungkan BN di Parlimen.

Kini apabila Kaum Cina mula beralih sokongan maka ramailah 'pembangkang Cina' di Parlimen. Maka menjeritlah pula para pemimpin yang nyata hilang jatidiri tersebut akan peri Perpaduan Melayu. Menagih simpati Melayu. Sebenarnya merekalah yang membunuh suara alternativ Melayu di Parlimen.

Jumlah wakil pembangkang 'melayu Islam' dari PAS masih di takuk lama. (baca Kerusi Parlimen Melayu di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pahang tidak bertambah) Yang sering bertambah adalah kerusi Parlimen di Negeri-negeri yang mempunyai corak pengundi bercampur-campur terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Maka untuk Pilihanraya 2012 nanti, amatlah disarankan agar kawasan Parlimen di Kelantan, Kedah dan Terengganu ditambah sebaik mungkin untuk meningkatkan jumlah kerusi Parlimen Melayu selaras usaha dan jeritan Umno akan Ketuanan Melayu. Bezanya Melayu pada waktu itu nanti bukan lagi Dominasi Umno, sebaliknya usahasama PAS dan PKR pula. -fikirkan.

Printer Friendly Page

Read more...

Ahlan wasahlan....

Khamis, April 03, 2008

YM TENGKU MAHKOTA KELANTAN MENZIARAHI MANGSA KEBAKARAN DI PULAU MELAKA







Bersolat Zohor diimamkan oleh YAB Tok Guru di Masjid Pulau Melaka. Tok Guru baru keluar hospital semalam dan telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Keputeraan Al-Sultan Kelantan di Istana Balai Besar kemudiaannya kembali bertugas. Alhamdulillah, Tok Guru semakin sihat. YM Tengku Faris pula seperti rakyat biasa, berbahasakan diri baginda sebagai 'AMBO' saja. Datang melawat dengan memandu sendiri jip baginda.
Tazkirah Tok Guru selepas solat Zohor berjemaah. Tak ramai yang tahu tentang kedatangan YM Tengku ke Pulau Melaka.



Bertanyakan sesuatu kepada Tok Guru semasa melawat tapak kebakaran. Mungkin ada yang baginda inginkan kepastian dan mungkin baginda menghulurkan simpati.

YM Tengku Mahkota memandang sayu keadaan rumah-rumah rakyat yang musnah sama sekali dijilat api.
.


Baginda berpesan sesuatu kepada sekalian yang hadir. Baginda sampai sekitar jam 1.30 petang, solat Zohor kemudiannya melawat tapak kebakaran, sungguh pantas masa berlalu. Kami bangga dengan Tengku Mahkota kami yang dekat dengan rakyat. Terima kasih Tengku kerana sudi datang. Kelihatan YB Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah, ADUN Panchor hadir sama.Pemudapc mengucapkan takziah di atas kejadian ini khususnya kepada kak ni dan ust Hakimi sekeluarga............(dipetik dari:dmppc05-08.blogspot.com)

Read more...

  © Memacu survival Ummah 2008

Back to TOP