Sunday, April 12, 2009

Pemuda ACUAN AL-QURAN

Pemuda acuan Al Quran ialah seorang Pemuda yg beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kpd Allah s.w.t
Yang sentiasa haus dengan ILMU
Yang sentiasa dahaga maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak gentar melawan hawa nafsu.


Pemuda acuan Al Quran ialah Pemuda yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimiliki
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicari
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak
Mempunyai musuh bersifat jembalang.


Pemuda acuan Al Quran ialah Pemuda yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada orang tuanya dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumah tangga
Yang akan mendidik anaknya mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup dengan KESERDEHANAAN
Kerana DUNIA baginya RUMAH SEMENTARA menunggu AKHIRAT yg KEKAL selamanya.


Pemuda acuan Al-Quran sentiasa bersedia utk AGAMANYA.
Yang hidup dibawah naungan AL-Quran dan
Mencontohi sifat Rasulullah s.a.w dan Khalifah Ar-Rasyidin.
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya dengan penuh kesyukuran dgn rahmat Allah s.w.t.

Pemuda acuan Al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengalun ayat ayat Al-QUran dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Yang bangun subuh dengan kesyukuran dan rahmat Allah s.w.t
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.

Pemuda acuan Al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya didunia adalah LADANG AKHIRAt
Yang mana buah kehidupan ini perlu dibaja dan dijaga
Meneruskan perjuangan ISLAM sebelum hari kemudiannya.



Pemuda acuan Al-Quran ialah Pemuda yang tidak
Terpesona dgn buaian dunia
Yang kerana dia mengimpikan syurga
Disitulah rumah impiannya..

DIALAH PEMUDA ACUAN AL-QURAN.

0 comments:

  © Memacu survival Ummah 2008

Back to TOP