Thursday, March 18, 2010

Keluar Parti Bukan Perkara Baru





1. Pada tahun 1951, Yang Dipertua UMNO Datuk Onn Jaafar telah bertindak keluar parti kerana berkecil hati di atas penolakan ahli-ahli UMNO terhadap cadangan beliau untuk membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu. Langkah beliau turut diikuti oleh anakanda beliau Kapten Hussein Onn yang merupakan Setiausaha Agung UMNO pada ketika itu.



2. Pada tahun 1953, Yang DiPertua Agung PAS Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan telah meletakkan jawatan dan mengumumkan penyertaannya beliau ke dalam Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pimpinan Datuk Onn Jaafar. Beliau bertindak sedemikian apabila cadangannya untuk menyokong gagasan National Conference anjuran IMP ditolak oleh ahli-ahli PAS.



3. Selain mereka, ramai lagi pemimpin-pemimpin utama parti politik di Malaysia telah bertindak keluar atau lompat parti.



4. Tindakan keluar atau lompat parti bukanlah suatu yang baru dalam landskap politik Malaysia.



5. Walaupun kehilangan tokoh utamanya Datuk Onn Jaafar, UMNO telah muncul sebagai parti terkuat pada ketika itu di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak.


6. Begitu juga dengan PAS. Penganti Ustaz Fuad, Dr. Abbas Alias walaupun sibuk sebagai pegawai perubatan tetap mampu menjadikan PAS menjadi parti yang lebih tersusun berbanding sebelumnya. Kemudian PAS di bawah pimpinan Dr Burhanuddin Helmy dan Professor Zulkiflee Mohammed telah muncul sebagai parti pembangkang terkuat di Tanah Melayu pada era 60-an. Dalam PRU 1959, PAS mendapat 13 kerusi berbanding satu kerusi pada Pilihanraya Persekutuan Tanah Melayu 1955.



7. Apabila Zahrain dan beberapa kerat pemimpin PKR terlibat melompat atau keluar parti, ramai yang muram dan marah-marah.



8. Mengapa perlu bermuram dan marah-marah? Mereka hanyalah pemimpin kecil yang hanya ibarat ‘melukut di tepian gantang’. Masuk tak bertambah, keluar tak berkurang.



9. Ahli-ahli PKR seharusnya bersyukur kerana ia telah memudahkan parti mereka untuk menjadi lebih bersih dan kuat.



10. Kesimpulannya, tindakan keluar atau lompat parti bukanlah suatu perkara baru dan janggal. Lainlah kalau Anwar Ibrahim yang keluar PKR!




p/s: idea Abe Hasbie ...harap semua faham dan ambil cakna tentang isu seperti ini.



Walaupun kita tahu kita masih pelajar bukan pegawai dan bukan juga ahli politik tetapi mahasiswa sekalian ,anda mestilah bingkas bangun dan berfikir ke hadapan jangan takut dengan ugutan , dan macam-macam lagi mehnah dan tribulasi dalam liku-liku perjuangan ini ,kelak jika anda kalah anda akan menyesal dan berada dalam golongan orang-orang yang gugur di medan ini...semoga terus thabat dalam perjuangan ikhlaskan niat dan sentiasa istiqomah !!!




0 comments:

  © Memacu survival Ummah 2008

Back to TOP