Saturday, April 24, 2010

Malaysia cuma ada 117 pakar pergigian.










KUCHING 24 April - Bilangan pakar ortodontik atau pergigian di negara ini yang hanya berjumlah 117 orang perlu ditambah bagi memastikan nisbahnya dengan jumlah penduduk lebih seimbang.



Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, dengan jumlah 117 orang, nisbah yang ada sekarang ialah seorang pakar Ortodontik bagi setiap 250,000 penduduk sedangkan jumlah ideal yang disasarkan Kementerian Kesihatan ialah 1:100,000.



Beliau berkata, kekurangan itu lebih ketara di sektor awam kerana 61 peratus daripada mereka berkhidmat di sektor swasta.



''Masalah ini berlaku kerana kita mengalami kekurangan pusat latihan serta jumlah tenaga pengajar walaupun kita mendapati ramai yang berminat untuk menceburi bidang ini.



''Kita (kementerian) memandang serius masalah ini dan berusaha untuk mengatasinya dalam tempoh terdekat," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan saintifik antarabangsa Persatuan Pakar Ortodontik Malaysia (MAO) di sini hari ini.



Menurut British Society of Orthodontics, ortodontik merupakan cabang ilmu kedoktoran gigi yang mempelajari pertumbuhan dan perkembangan khususnya tulang rahang dan wajah yang dapat mempengaruhi posisi gigi.



Hanya terdapat 46 pakar Ortodontik yang berkhidmat di sektor awam iaitu 33 berada di Kementerian Kesihatan, institusi pengajian tinggi (10) dan Kementerian Pertahanan (3).



Mohd. Ismail memberitahu, diharapkan menjelang tahun 2015, negara ini mempunyai kira-kira 150 orang pakar ortodontik.




Ujarnya, beliau percaya perkara itu boleh dicapai kerana semakin ramai yang meminati subjek ortodontik.



''Kita akan berusaha melatih lebih ramai lagi pakar ortodontik walaupun ia agak mencabar bagi mencapai bilangan itu.




''Justeru, kita berharap pihak MAO akan membantu kementerian untuk memiliki lebih ramai pakar pergigian pada masa akan datang," katanya.




p/s: good luck and all the best gigians, doakan kejayaan bersama.

kullu najah fil imtihan...






0 comments:

  © Memacu survival Ummah 2008

Back to TOP