Monday, September 1, 2008

Kenangan Di Permatang Pauh ...

PR



Surat Tok Guru...

Merdeka...


Tempat tidur semasa kempen...



Banner...




Dgn Ust.Ki





Ust.Din & Abe Din...






Ust.Ki membaca Doa....






Ameen.....







new versions....







Kad....




Para Petugas...







YB.Kak Ani dgn YB.Izzah



Petugas UMNO...







Pemuda BN...







Turut kelihatan YB.Husam








P.44



Read more...

Sunday, August 10, 2008

Majoriti Penentu ‘KEMENANGAN’





Perletakan jawatan DS Wan Azizah sebagai Ahli Parlimen pada 31 Julai 2008 telah memberi satu ‘exercise’ kepada Pakatan Rakyat (PR) & Barisan Nasional (BN) untuk menilai sejauh mana keinginan rakyat samada untuk meneruskan momentum perubahan atau membuat u-turn kepada BN.


Apa jua yang hendak diperkatakan dan telahpun diulas oleh ramai pihak, saya merasakan… insyaAllah kemenangan PR dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh sukar disekat.


Yang mungkin menjadi pertarungan sekarang ini ialah bukan soal menang atau kalah, tetapi adalah untuk melebarkan @ mengurangkan majoriti undi (sebelum ini PR menang dengan majoriti 13,388 undi). Mungkin tidak mustahil BN boleh mengembalikan keputusan dalam PRU 11 (hanya kalah majoriti 590 undi). Tetapi melihat kepada riak sekarang ini, ia seperti sukar berlaku, insyaAllah.


Saya rasa data-data pada PRU 12 mungkin boleh bermanfaat untuk pilihan raya kecil ini, walaupun mungkin ada sedikit perubahan kepada penambahan & pengurangan jumlah pengundi :


Jumlah Pengundi : 58,449Peratusan Kaum :

o Melayu : 68.5%

o Cina : 24.79%

o India : 6.3%

o Lain-lain: 0.41%


Melihat kepada angka tersebut, boleh disimpulkan, undi orang Melayu akan menjadi penentu kepada ‘kemenangan’ nanti. Senario ‘swing’ undi orang Melayu kepada PR dalam PRU 12 terlalu kecil berbanding dengan ‘swing’ undi orang Cina & India kepada PR.
Ini mungkin akan menjadi ‘test’ kepada PR & BN untuk melihat sejauh mana penerimaan orang Melayu kepada gaya pemerintahan PR di Pulau Pinang. Samada ia diterima atau tidak, sedikit sebanyak ia akan menyumbang kepada jumlah undi nanti.Untuk pergi jauh lagi, saya kerap diajar untuk menilai sesuatu isu dengan kaedah SWOT (Strengths - Kekuatan, Weaknesses - Kelemahan, Opportunities – Peluang & Threats - Ancaman). Pastinya ia sedikit sebanyak dapat melihat sejauhmana kemampunan PR & BN untuk menghadapi pertembungan ini. Sedikit SWOT Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh secara rambang untuk dikongsi :








PAKATAN RAKYAT

1. Kekuatan


>Jentera yang kuat, terutama sokongan jentera dari PAS
>Faktor calon (DS Anwar Ibrahim) yang sememangnya mempunyai pengaruh besar di Permatang Pauh.
>Sokongan padu dari masyarakat Cina & India
>Penambahan & pengurangan para pengundi tidak banyak berubah dengan para pengundi PRU12



2. Kelemahan
> Ketidakmampuan untuk menandingi media mainstream terutama untuk counter-attack isu yang dilemparkan oleh BN
> Hubungan diantara parti-parti dalam PR tidak utuh sebagaimana BN ditambah dengan isu ‘muzakarah’ PAS dengan UMNO

3. Peluang
>‘Mood’ para pengundi tempatan untuk mengangkat DSAI sebagai PM kuat
>Simpati pengundi terhadap DSAI
>Isu ekonomi terutama ‘isu harga minyak’
>Isu kelemahan pentabiran Pak Lah.


4. Ancaman
>Serangan fitnah kepada isu peribadi DSAI (isu liwat & agen Amerika) dengan disokong media mainstream
>Ketidakpuashatian orang melayu dengan pentadbiran kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang
>Pengundi hantu pastinya berkeliaran pada hari membuang undi
>Taburan sogokan berbentuk wang sukar dibendung
>Sikap terlalu yakin mencapai kemenangan


BARISAN NASIONAL


1. Kekuatan
>Kekuatan jentera terutama sokongan dari jentera kerajaan
>Sokongan dari media mainstream


2.Kelemahan
>Tiada calon yang berkemampuan (termasuk Ezam) untuk menandingi kewibawaan DSAI
>Kelesuan jentera BN & mengharapkan ganjaran


3. Peluang
>Bajet 2009 yang akan dibentangkan akhir September pasti

digunakan sebaik mungkin
>Ezam akan dipergunakan habis-habisan oleh BN

untuk menyerang DSAI

4. Ancaman


>Inflasi yang semakin meningkat
>Isu kenaikan harga minyak yang masih gagal diterima oleh rakyat
>Isu pembunuhan Altantuya (dikaitkan dengan pimpinan BN)

pasti digunakan secara maksima oleh PR.



InsyaAllah, saya dan beberapa petugas lain akan turun untuk Fasa 1

ke Permatang Pauh pada 16 Ogos ini.



Salam Perjuangan...

Read more...

Saturday, April 26, 2008

Sepintas lalu tentang 2 Segitiga bermuda (Segitiga Syaitan)

Salaaaam alaikum w.b.t……. Ramai yang dah tahu tentang 2 tempat istimewa ini. Cuma saya mahu mencorat-coret di sini sekiranya dapat menambah pengetahuan saudara. Bak Saidina Ali r.a pernah berpesan hendaklah kita mengenal kebaikan dan mengenal juga keburukan. Kita mengenal Allah dan kita mengenal juga syaitan. Tapi kenal syaitan jangan lepas tu bercinta dengan dia pulak! Tetapi kenal sekadar mahu tahu apa kelemahannya dan strateginya. Ibarat jika mahu berperang, mesti tahu dan kaji kelemahan musuh. Baru boleh berperang dengan baik insyaAllah.

Apakah dia 2 segitiga Syaitan ini?

2 Tempat popular itu ialah Segitiga Bermuda - Bermuda Triangle yang letaknya di antara perairan Florida, Amerika Syarikat - Puerto Rico, Mexico - dan kepulauan Bermuda (sila rujuk peta di bawah) di lautan Atlantik dan Segitiga Naga - Dragon’s Triangle (atau dikenali juga sebagai Laut Syaitan) yang letaknya diperairan Jepun iaitu di kepulauan Miyake, Lautan Pasifik, 100 km dari Tokyo. Dan segitiga ini berhampiran dengan satu lagi segitiga yang hebat sepertimana Segitiga Bermuda juga iaitu Segitiga Formosa yang berada di kepulauan Formosa, Taiwan. Dan bagi saya, Segitiga Formosa dan Segitiga Naga ini adalah seperti adik-beradik kerana ia amat hampir dan kejadian-kejadian aneh pun berlaku di sana sepertimana Segitiga Bermuda. Maka saya simpulkan bahawa ianya adalah kerajaan Iblis di sebelah timur , di samping Segitiga Bermuda yang mewakili kerajaan utama Iblis di sebelah barat.

Seperti yang anda dapat dilihat dalam peta-peta di atas, kedua-duanya berada di garisan tengah Bumi dan satu di sebelah barat (Segitiga Bermuda) dan satu di sebelah timur (Segitiga Naga). Kedua-duanya seperti sudah dirancang dan ada maksud yang tertentu. Cuma dalam firasat saya, yang sebelah barat itu adalah kerajaan yang mengawal sebelah barat Bumi manakala yang sebelah timur itu pula mengawal sebelah timur Bumi. Begitu strategik sekali pemilihan yang dibuat oleh mereka yang terlibat itu, isy7

Kedua-dua tempat ini sangat popular dengan kehilangan kapal, pesawat dan kehilangan-kehilangan misteri lain apabila melalui kawasan tersebut. Tetapi bukan kesemua yang melaluinya akan hilang, tetapi sejarah banyak membuktikan betapa terlalu banyak yang sudah menjadi korban dan akhirnya sepi tanpa berita (missing in action) di kawasan itu.

Mengapa kapal atau pesawat boleh ghaib dengan tiba-tiba di situ?

Ini lah yang menimbulkan tanda-tanya ramai manusia dan pelbagai pendapat telah diutarakan.

- Ada yang mengatakan kerana medan magnet yang menarik ke dasar laut, kerana tempat itu berada di garisan Agonik (Agonic line), di mana utara magnetik sama dengan utara geografik.

- Ia juga merupakan tempat pertemuan arus sejuk dan arus panas, yang boleh mewujudkan medan magnet. Juga diakui adanya wap yang naik dari air kawasan tersebut.

- Ada yang mengatakan kapal-kapal tenggelam kerana adanya gas methana dan terjadinya proses Methane hydrate yang mengurangkan ketumpatan air.

- Adanya satu kawasan yang diberi nama ‘Blue Hole’, tetapi ia masih diragui kerana Blue Hole tidak mampu untuk menyedut kapal-kapal besar.

- Terjadinya ribut dan ombak laut yang amat besar menenggelamkan kapal-kapal yang melaluinya.

- Ada pula pendapat mengatakan mereka diculik oleh makhluk asing yang tinggal di situ.

- Dan tidak kurang yang mengatakan mereka diculik oleh kerajaan jin dan iblis.

Maka teori sekadar tinggal teori. Tetapi pendapat yang terakhir itu ada banyak relevannya dari segi kerohanian kerana ada banyak sebab. Antaranya;

- Iblis dan jin telah banyak yang lari ke kawasan lautan dan dasar laut.

- Syaitan amat suka bermain-main di tempat antara cerah dan gelap, sejuk dan panas.

- Dajjal telah bersepakat dengan kerajaan Iblis, dan mereka mahu meniru dan melawan istana Nabi Sulaiman dahulu, lalu mereka bina singgahsana kristal di tengah lautan.

Maka timbul pula soalan, mengapa mereka mahu menculik manusia? Maka di situ tidak pastilah apa tujuan mereka. tetapi andaian-andaian boleh dibuat kerana mungkin mereka perlukan tenaga manusia untuk bekerja dengan mereka, mungkin mereka mahu mengkaji tentang tubuh badan manusia, mungkin mereka mahu mengawal manusia yang mereka culik itu dan menjadikannya spy bagi mereka dan macam-macam andaian lagi boleh dibuat kerana penculikan itu ada logiknya berdasarkan kepada banyak faktor.

Dan begitu juga dengan teori-teori yang berkaitan dengan sains tadi, semuanya ada logiknya. Cuma yang mana paling tepat masih menjadi misteri. Bukan sekadar misteri nusantara, tetapi Misteri Antarabangsa! Dan mungkin ia juga ada kaitan dengan misteri tenggelamnya benua Atlantis suatu masa dahulu.

Semua tempat yg merupakan pertemuan dua laut, yakni pertemuan antara aliran air panas dan sejuk, adalah kawasan yang dipilih oleh Iblis dan pembantu2nya sebagai pusat pemerintahan kerajaan dan negaranya. Seperti yg dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. ketika beliau melarang seseorang untuk duduk di antara tempat yang panas dan yang teduh. Beliau mengatakan, “Itu adalah tempat duduk syaitan”.

Kerajaan-kerajaan jin di atas air

Kita tinggal di atas Bumi yang merupakan 71% adalah permukaan air manakala hanya 28% daratan. Secara terangnya kita hanya menghuni hanya 1/3 dari kawasan Bumi (walaupun kita tidak menghuni secara padat). Iblis dan jin pula telah Allah ciptakan beribu-ribu tahun terlebih dahulu dari Allah mencipta Nabi Adam a.s sebagai khalifah di muka bumi ini. Menunjukkan betapa mereka sudah tersangat maju dalam sains dan teknologi sehinggakan tempat tinggal mereka berada di mana-mana termasuk di atas air.

Maka tidak hairanlah apabila kita melihat sekarang ada manusia pun yang dapat berjalan atas air, walaupun dia bukannya seorang Islam yang warak. Tidak lain dan tidak bukan semua itu adalah dengan bantuan para jin.

Apa kesukaan jin dan kesukaan manusia?

Dan makhluk-makhluk halus yang terdiri dari unsur-unsur api, zarah-zarah mereka terdiri dari caj-caj elektrik, amat suka kepada tempat pertemuan antara panas dan sejuk. Maka Segitiga Bermuda dan Segitiga Formosa adalah antara tempat pertemuan arus panas dan sejuk yang terbaik di dunia kerana ia terletak strategik di tengah garisan khatulistiwa Bumi. Dan tidak lupa jin-jin juga suka makan asap, kerana asap juga berasal dari unsur api. Seperti mana kita manusia yang sukakan minuman segar, makanan yang hangat, buah-buahan segar dan menghirup oksigen dan udara segar kerana kita ini terdiri dari 4 unsur iaitu air, api, tanah dan angin. Air pasangannya api manakala tanah pasangannya angin.

Kesimpulan

Misteri 2 segitiga syaitan ini menghubung-kaitkan pula kepada beberapa misteri segitiga lain termasuklah

- piramid yang berbentuk segitiga,

- lambang syaitan dan kerajaan Israel yang berbentuk dua segitiga tonggang-terbalik dan gabungan segitiga-segitiga,

- konsep Trinity (3 dalam 1) di dalam agama kristian ,

- lambang-lambang segitiga yang banyak terdapat di serata dunia ,

- segitiga-segitiga emas (kawasan dadah),

- misteri UFO dan sebagainya.

Dan hendaklah kita ingat, bukan hanya manusia yang mempunyai kerajaan di dunia ini, tetapi ada lagi makhluk lain yang berkerajaan termasuklah kerajaan jin dan iblis laknatullah. InsyaAllah, bicara tentang pengetahuan bersangkutan hal ini akan disinambungkan dari semasa ke semasa. Segala komen adalah dialu-alukan untuk mengutarakan pendapat-pendapat anda. Wallahu a’lam

Rujukan :

1 - Dialog dengan jin muslim - Muhammad Isa Dawud.

2 - Wikipedia

Read more...

Friday, April 25, 2008

Read more...

  © Memacu survival Ummah 2008

Back to TOP