Wednesday, December 16, 2009

Ukhuwah Satu persoalan…..











Ukhuwah secara bahasanya bermaksud persaudaraan. Ku kenali istilah tersebut, seawalnya secara teori dan amali sewaktu bersekolah menengah kira-kira 8 tahun dahulu.


Ku kira ukhuwah adalah unsur penting bagi mengikat hati-hati sekumpulan manusia dalam mana-mana tempat dan keadaan. Apatah lagi ukhuwah menjadi rukun yang penting bagi organisasi gerakan Islam yang mengumpulkan pelbagai latar belakang dan ragam manusia serta CARA BERFIKIR untuk ditautkan hati-hati mereka di atas sesuatu isu atau keputusan.



Ukhuwah lah yang menjadi pemangkin yang membantu seseorang boleh berlapang dada dengan orang lain walaupun berbeza pendapat, di samping kefahaman yang selaras, peraturan organisasi, hukum-hakam serta akal yang sihat.



Dr.Yusuf Al-Qardawi ada menyebut di dalam bukunya yang berbunyi iaitu tentang Amal Jamai'e ialah keterikatan ukhuwah sesama kita ,kita berkasih kerna ALLAH , kita saling ziarah-menziarahi kerna ALLAH , kita duduk berbicara kerna ALLAH, kita saling berusaha kerna ALLAH dan kita saling bertukar pandangan kerna ALLAH di dalam masalah yang boleh dikongsi walaupun kita berlainan Jamaah.



Ukhuwah kadangkala mudah dan cepat suburnya dan adakalanya lambat dan sukar serta memerlukan masa yang panjang untuk bermujahadah. Pengalaman mengajar kita sedemikian. Kadangkala kita cepat mesra dengan seseorang yang baru sahaja dikenali dan dalam masa yang sama kita lambat mesra dengan orang yang telah lama kita kenali.



Ku kira bagi seorang muslim, perasaan ukhuwah yang disuburi dengan imanlah yang menyebabkan hati bersedih bilamana melihat kesengsaraan dan kezaliman yang menimpa umat Islam di Palestin baik, di Iraq serta di selatan Thai dan sebagainya, selain unsur manusiawi yang Allah jadikan dalam setiap diri manusia tanpa mengira kepercayaan atau kaum.



Sabda Nabi junjungan sallaHu ‘alaihi wasallam dalam perkara ini ada benarnya seperti maksud hadis di sini :

Ruh-ruh itu bagaikan satu batalion tentera ( junudul mujannadah). Mana-mana yang ia kenal ia akan masuk bersatu, dan mana-mana yang ia tidak kenal/serasi, ia tidak akan masuk bersatu




Ukhuwah, ku kira, termasuk dalam unsur ruh yang tidak dapat disukat dengan sukatan kasar atau fizikal. Namun kesannya boleh dilihat di alam nyata melalui kesungguhan atau komitmen dalam menjaga hubungan, cepat memberi respons dan organisasi yang lancar walau dengan arahan dan tunjuk ajar yang ringkas.

Ku kira tindakan sebegini, perlu juga diberi pujian. Namun dalam masa yang sama yang salah dan yang benar itu perlu dijelaskan secara jelas menurut adab-adab akhlak Islamiah supaya isu sebenar tidak dipesongkan atas alasan ‘menjaga ukhuwah




Oleh itu ukhuwah itu sendiri tegaknya dengan kefahaman yang benar pada sesuatu permasalahan.Ukhuwah itu suatu yang suci sesuci ingatan Junjungan mulia tehadap umat sewaktu maut hampir datang menjemput Baginda. Ia juga sesuci seperti sucinya tangan-tangan kaum muslimin yang sanggup mengangkat pedang terhadap kaum keluarganya sendiri yang masih musyrik sewaktu pertempuran dua golongan , golongan iman dan golongan syirik dalam Perang Badar.




Orang-orang yang menuturkan ukhuwah tidak ramai yang mampu menggalas beban ukhuwah dalam bentuk bergerak kerja dalam jamaah. Ada yang hanya mampu melihat bebanan sahabat melaksanakan sesuatu program tanpa merasa perlu meringankan beban sahabat tersebut walau sekadar kata-kata sokongan atau setinggi-tingginya meng’offer’kan diri menjadi AJK. Ku kira ujian ukhuwah berlaku di sini(dr sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara)




Ku kira juga ukhuwah yang hakiki tidak terbina dengan slogan-slogan yang boleh dihias dengan bunga-bunga bahasa sebagai tema suatu program. Ukhuwah yang hakiki ku kira, akan subur selama mana sahabat-sahabat yang pernah berukhuwah itu, menghubungkan dirinya pada tali Allah yang menjadi asas bermulanya persaudaraan mereka itu. Selama mana jarak dan masa memisahkan, ukhuwah takkan tergugat selagi berpegang pada asas yang pernah membina ukhuwah itu sendiri suatu ketika dahulu.



Kepada Allah kuserahkan segala urusan atas kelemahanku menanggung beban ukhuwah fiLlah yang diungkapkan di ruangan ini….



Keramatnya ukhuwah melangkaui hubungan darah, kasih sayang kerana Allah, tonggak kekuatan dalam jamaah. Digubah dengan acuan aqidah, tidak seorang pun dibiar gundah. Andai ditakdir rebah, seribu membahu gagah. Moga hatimu tabah menempuh segala mehnah.




Kita ada 1 sahaja HATI, Jika gembira, HATI itulah, Jika bertaqwa, HATI itulah, Jika beriman, HATI yang 1 itu juga, Jika bercinta, HATI itu juga, Jika terluka pun HATI nan 1 itu juga. Terlalu "1" utk banyak perkara.. MAKA., Jagalah HATImu & HATI orang yang Menyayangimu...




"Sangka Baik"


Semoga Ukhuwah FiLlah Subur Selamanya









Read more...

Monday, December 7, 2009

Dialog antara dua insan yg berkasih kerana Allah dengan syaitan…….

Kisah bermula apabila Azman yang menjalin ikatan pertunangan dengan Aisyah melalui proses yang agak ketat ketika masing2 masih belajar di sebuah kampus di Lembah kelang. Maka bermulalah konflik dalam diri Azman dan Aisyah. Apakah yang tindakan seterusnya setelah selesai majlis pertunangan yang melibatkan keluarga masing2. Maka bermulalah dialog tersebut…….


Azman : apa yang patut aku lakukan sekarang, Aisyah dah menjadi tunanganku(bisik hati kecilnya)

Syaitan : apa kau nak fikirkan lagi mesej la tanya khabar, kalau x pun call terus, boleh dengar suara….

Azman : aaah….. aku x akan berbuat demikian, aku dah berjanji dengan diriku tidak akan mesej selagi belum ada ikatan yang sah.

Syaitan : tapi kau dah bertunang, x salah la kalau kau mesej atau call dia, dia dah jadi milik kau.

Azman : tidak sama sekali, aku tetap dengan prinsipku. Aku ingin mewujudkan hubungan yang diberkati Ilahi.

Syaitan : alah! X salah kalau tanya khabar je.. kau x rindu dia ke?

Azman : ai…tipula kalau x rindu…

Syaitan: habis tu mesej la dia

Azman kebingungan………………..

Aisyah : kenapa yer rasa lain macam je ni (hati kecilnya berkata2)

Syaitan : mesti kau rindukan Azman ni, kau kan tunang dia.

Aisyah : betul la, rasa rindu semakin membuak-buak ni, apa yang aku harus lakukan???

Syaitan : kau mesej la kat dia, tanya khabar..

Aisyah : mana boleh aku dah janji dengan dia x akan mesej selagi belum ada ikatan yang sah..

Syaitan : alah! Apa la sangat dengan janji tu, mesej je la

Aisyah : betul jgk tu, mesej je kan bukan apa2 pun

Syaitan : bagus3

Ketika jari jemari cuba hendak menekan buton henset tiba2 dia teringat pesanan ustaz Razali(pensyarah yang menjadi mentornya), katanya: “ sesungguhnya berhati2 lah kamu ketika berkomunikasi antara lelaki dan perempuan kerana syaitan akan sentiasa menghasut untuk menyesatkan kaum nabi adam. Tersentak dengan kata2 tersebut maka Aisyah mengucap panjang…..astaghfirullah x3

Azman : apa yang perlu aku lakukan ni???

Syaitan : kan aku dah bagitau tadi, mesej je la…….

Azman : tidak!!! Aku tidak akan gadaikan hubungan yang suci ini ….. aku kena yakin dengan janji Allah, “perempuan yang baik ialah untuk lelaki yang baik”.

Syaitan semakin tertekan, semua umpan yang diberikan kepada Azman dan Aisyah tidak menjadi. Syaitan berkata dengan angkuh, “aku akan pastikan hubungan mereka x akan kekal selamanya . Aku akan hasut hingga mereka sampai bila-bila” hahahahahaha……….

Pengajaran :

Bertunang janji murni ke arah penuhi Sunnah


Batas hubungan pasangan belum bernikah perlu dijaga bagi elak perbuatan zina

PERTUNANGAN bertujuan memberi kesempatan kepada lelaki dan perempuan lebih mengenali diri serta keluarga masing-masing, bukan tiket untuk bergaul mesra seumpama suami isteri yang sah kerana perhubungan lelaki dan wanita mempunyai batasan tertentu.

Oleh itu, bagi pasangan muda mudi yang masih di alam percintaan atau pertunangan perlu menjaga batas hubungan ditetapkan agama. Jika mereka melakukan hubungan seks sebelum bernikah,

mereka sudah melanggar batasan agama melarang perbuatan zina.

Berdasarkan hukuman Islam, mereka yang melakukan zina boleh dihukum 100 kali sebat bagi individu yang belum bernikah, dan direjam dengan batu bagi mereka yang sudah bernikah.

Mereka yang sudah mampu dan bersedia dari segi mental, fizikal serta mempunyai keyakinan daripada aspek ekonomi perlulah menyahut seruan agama untuk bernikah atau mendirikan rumah tangga.

Amalan menangguhkan perkahwinan atau pernikahan tidak digalakkan Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiga perkara jangan dilewatkan, iaitu solat apabila sampai waktunya, jenazah apabila siap diuruskan untuk dikebumikan dan wanita yang belum bersuami, tetapi sudah ada calon sesuai." (Riwayat at-Tirmizi dan al-Hakim)

Larangan menjauhi perbuatan menjurus kepada zina termasuk berdua-duaan lelaki dan perempuan banyak diingatkan dalam firman Allah sebagai dalil yang perlu diberi perhatian disebabkan kesannya yang boleh membawa kehancuran serta masalah besar.

Antaranya firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan mendatangkan keburukan." (Surah al-Israk, ayat 32)

Diriwayatkan daripada Abu Bakar, Umar, Ali Jabir bin Abdullah, Abu Sanid Al-Khudri, Abu Hurairah, Zaid bin Khalid, Buraidah al-Aslam, bahawa seorang sahabat nabi bernama Masiz dihukum rejam oleh pengawasnya sendiri bahawa ia berzina.

Begitu juga dua perempuan dari Bani Kakhim dan Bani Khamid yang dijatuhi hukuman rejam di atas pengakuan berzina.

Allah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah kepada orang yang beriman, hendaklah kamu menahan pandangan mereka serta memelihara kemaluan mereka." (Surah an-Nur, ayat 31)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga golongan yang tidak akan berbicara dengan Allah pada hari kiamat, dan Allah juga tidak akan memandang mereka dan akan mendapat azab yang pedih iaitu, lelaki tua yang berzina, pemimpin yang berbohong dan orang miskin yang sombong." (Hadis riwayat Muslim)

Banyak lagi dalil memberi amaran serta mengingatkan umat Islam supaya menjauhi zina. Ini perlu diingatkan dan didedahkan kerana dapat dilihat budaya masyarakat hari ini, majlis tunang ibarat majlis pernikahan.

Jika dulu, majlis pertunangan hanya dihadiri ahli keluarga atau wakil pihak lelaki untuk berbincang dengan keluarga perempuan, tetapi hari ini si jejaka turut hadir sama, malah bergambar dalam suasana menimbulkan fitnah kepada orang ramai.

Majlis pertunangan kini berubah seakan majlis persandingan apabila kedua-dua lelaki dan perempuan yang hanya baru diikat dengan kata janji untuk disatukan, dibenarkan duduk bersebelahan sambil disaksikan keluarga.

Mungkin restu yang diberikan ahli keluarga menyebabkan pasangan bertunang lupa akan batasan yang perlu dijaga hingga ada yang setiap hari berjumpa malah, ada juga yang dibawa pulang untuk bermalam di rumah ibu bapa.

Sebagai pihak yang bertanggungjawab, ibu bapa sepatutnya membimbing pasangan yang bertunang supaya menjaga hubungan itu mengikut syariat agama sehingga mereka sah disatukan sebagai suami isteri kerana tempoh bertunang ialah masa untuk mereka memahami satu sama lain.

Jika dilihat, pasangan bertunang agak bebas dalam pergaulan, sebaiknya ibu bapa serta keluarga menyegerakan upacara pernikahan kerana itu lebih baik daripada membiarkan mereka terus terjebak dengan tingkah laku menyalahi ajaran agama.

Agak menyedihkan apabila tingkah laku anak muda hari ini tidak dipedulikan ibu bapa yang menganggap adalah sesuatu yang biasa untuk membenarkan mereka sering berjumpa atas alasan supaya lebih mengenali.

Sudah diberi amaran jelas akan perkara itu dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jangan kamu berseronok-seronok atau berdua-duaan dengan wanita, kerana yang ketiga itu adalah syaitan." (Hadis riwayat at-Tabrani).

Seriusnya supaya mengelakkan diri daripada terjebak dengan hubungan intim lelaki dan wanita, Rasulullah SAW bersabda bermaksud yang bermaksud: "Lebih baik seseorang lelaki berdekatan dengan binatang bernajis yang berlumuran lumpur daripada ia berdekatan bahunya kepada wanita yang tidak halal baginya." (Hadis Riwayat at-Tarbrani) .

Hormati ikatan pertunangan dengan menjadikannya sebagai janji murni ke arah memenuhi Sunnah Rasulullah SAW untuk membina keluarga yang dilimpahi perasaan kasih sayang dan kesejahteraan.



"cukuplah mati sebagai satu peringatan"

Read more...

Saturday, December 5, 2009

Bermulanya Fasa baru di Mansurah.




Salam semua buat pengunjung, setelah lama bercuti daripada berblog waktu ini saya rasakan tepat kerana semuanya telah selesai , dengan program ADHA’09 ,dengan MTC PCM'09, dan pada petang tadi telah berpisahlah kami warga mansurah dengan junior-junior medik yang akan berpindah universiti kerana hal-hal yang berkaitan yuran, saya akan menceritakan serba ringkas berkenaan dengan aktiviti dan program yang saya sertai, saya harap semua bacalah dengan sepenuhnya dan jangan separuh-separuh.



Bermula dengan ADHA’09 anjuran Perubatan caw.Mansurah dengan rasa yang teramat gembira ,para mahasiswa dan mahasiswi dapat mengeratkan ukhuwah sesama mereka (ukhuwah di sini tidak bermaksud ikhtilat) daripada pengarah hinggalah kepada ketua unit dan AJk kecil di bawahnya ,saya boleh gambarkan penat dan letih tetapi perasaan gembira menghilangkan semua itu kerana susahnya untuk menghimpunkan semua mahasiswa-mahasiswi di mansurah ini yang telah berjumlah seramai 1200orang dalam satu program yang besar, berbanding dengan tempat lain ,yang datang belajar di mansurah berlainan daripada tempat lain dari segi latar belakang keluarga dan pengajian semuanya ada.



Haiwan untuk dikorbankan pada hari itu ialah sebanyak 13ekor termasuk 2ekor unta ,5ekor lembu dan 6ekor qharuf atau kibas, semua yang datang pada hari itu saling bekerjasama antara satu sama lain ,kemeriahan dapat dirasai dengan pelbagai ragam manusia, kenangan ini adalah kenangan terindah saya di mesir bumi anbia” .



Yang kedua berkenaan dengan MTC ,iaitu mesyuarat agung tahunan persatuan perubatan caw.mansurah diadakan dalam suasana yang kadang-kadang senyap kadang “panas” telah menjadikan suasana mesyuarat tersebut berada dalam keadaan “hidup” yang mana 8usul telah dibahaskan dan 1usul telah ditarik balik , berbanding tahun lepas, tahun 2009 ini menyaksikan kehadiran yang amat memberangsangkan ,dari segi perbahasan usul yang nampak sudah matang oleh para perwakilan dan diselitkan dengan lawak jenaka sedikit menghiburkan bilamana mesyuarat yang selama hampir 15jam berlangsung melihatkan hanya sedikit yang pulang awal, yang lain tetap teguh berada di dalam dewan, walaupun telah letih, SYABAS di ucapkan.



Saya berharap hanya satu apabila di dalam mesyuarat kita semua bersetuju tetapi adakah kita akan menunaikan janji kita seperti dalam mesyuarat itu, berpeganglah pada janji dan kata-kata anda ,janganlah menjadi golongan yang munafik ,kasihan saya melihat orang-orang yang tidak dapat menunaikan janji ini, seorang kawan bertanya kepada saya adakah ahli PCM berjaya menjadikan mesyuarat sbg tempt berakhirnya kekusutandan semua kontroversi yang berlaku di mansurah selama setahun??!!







saya hanya mampu berfikir dan termenung sahaja dek kerana tidak berani memberi jaminan kerana di dalam hati saya risau dan saya berharap tidak akan ada usul yang sama dibahaskan saban tahun kita berada di sini.



Berkenaan dengan perpindahan junior-junior yang datang agak menyedihkan kami di mansurah tetapi apakan daya dan kekuatan dan kuasa yang terhad di sini telah menyukarkan kami berusaha ke arah itu, tetapi satu sahaja diharapkan kepada adik-adik junior semoga perkenalan kita di sini tidak terputus di tengah jalan sahaja, insyaALLAH semoga segala urusan di sana nanti dipermudahkan ALLAH.




"Berlapang dada"


"Berpegang pada Janji kita"







Read more...

  © Memacu survival Ummah 2008

Back to TOP