Thursday, September 3, 2009

Ramadhan Bulan untuk Berubah ...Tolonglah Berubah.

tolong pakaikan tudung boleh?

Salam kepada semua yang sudi sekali lagi menjenguk blog ini, sekali lagi berkenaan dengan ramadhan ,disini saya ingin mengulas sedikit tentang bulan rahmat bulan maghfirah ,dan bulan keampunan yakni ramadhan ,insyaALLAH kita semua dapat bersatu hati untuk berubah ,jangan yang baik tahap baiknya sama sahaja tidak ada kenaikan tiada indeks prestasi meningkat ,hanya malar dan berkurang sahaja begitu juga yang tidak berapa baik hanya kekal dengan perangai jahatnya sahaja tiada perubahan langsung tambahan pula di bulan yang mulia ini.

rombongan dari sweden di qaryah Ramadhan di Kota Bharu

Sedikit kehairanan dan kepelikan yang timbul bilamana adanya peluang yang luas terbentang untuk berubah tetapi buat-buat tak reti nak berubah,yang merokok masih lagi merokok tambah lagi kalau boleh ,nak tambah lagi bilangan kotak tu, stail org kelantan kata " tak reti baso",yang mana terasa diri mereka kurang dari segala aspek masih ada masa untuk berubah sebelum kita mati meninggalkan dunia yang fana ini buat selama-lamanya ,takutlah dengan azab ALLAH s.w.t ,yang ikhwah banyakkan solat berjemaah di masjid dan lain-lain aktiviti kebajikannya dan yang akhowatnya ,tolonglah buat perkara yang tidak bertentangan dengan syara' ,kalau pakai tudung tu tolonglah pakai hingga kita dicabut nyawa oleh malaikat izrail,biarlah malaikat cabut dengan cabutan yang paling baik, janganlah di rumah lain di kuliah lain di mesir lain ,dan di luar pula lain cara pemakaiannya.


Berbuka sekali di qaryah ramadhan

Bukan nak marah bukan nak apa, tetapi sekadar menegur sahaja ,memang tahu diri ini tidak selayak orang yang lebih alim dan warak lagi tetapi sekurang-kurangnya biarlah kita ada peluang untuk sama-sama menegur jangan nanti disoal di akhirat senyap dan mula gelabah apabila ditanya ALLAH,jangan nanti kerana kita tidak beramal makruf dan nahi mungkar kita akan mengundang murka ALLAH Tuhan sekalian alam ,sampai masa tu ke mana lagi kita semua nak lari,berubahlah daripada kurang baik kepada baik dan baik kepada yang terlebih baik lagi ,antara sebab kegagalan seseorang itu juga adalah tidak menegur dan hanya melihat sahaja kemungkaran dihadapan matanya , tegurlah selagi boleh selagi mampu, dan berubahlah selagi ada masa dan waktu....


p/s:kepada sahabat-sahabiah yang sambut hari lahir pada bulan ramadhan ini dan kepada Farhana Hassan Mukhtar semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki ok,Rabbuna Ma'akum.

Read more...

Wednesday, September 2, 2009

Nafsu.

Salam takzim kepada semua yang sudi menjenguk ke blog ini dalam keterbatasan waktu untuk belajar ,dan terus belajar dan pada kali ini diberi kesempatan masa untuk mencoret sedikit tentang yang dikatakan nafsu ,nafsu adalah benda yang semestinya ada dalam diri setiap insan ,kita bukannya malaikat,ALLAH menguji manusia dengan memberi nafsu kepada kita.
Nafsu ini dahulu ada kisahnya yang mana "direndam" oleh ALLAH s.w.t selama bertahun-tahun tetap degil dan keras kepala untuk menjawab pertanyaan ALLAH ,dengan satu soalan siapa Tuhan kamu??maka nafsu tidak menjawab padahal dia tahu tentangnya ,tetap degil kerana sikap kerasnya.

Menurut al-Ghazali : Nafsu boleh dikekang dengan kekangan takwa. Dengan itu ia akan menjadi lemah dan tunduk mengalah. Kewarakan seseorang juga boleh membelenggunya sehingga nafsu tidak berpeluang menjalankan peranannya.Dengan kesedaran bahawa nafsu itu musuh yang akan mendatangkan kecelakaan , ia perlu dilemahkan dengan penghinaan. Jangan sekali-kali diberi muka dan dilayani keinginannya.


Ulamak sufi menganjurkan tiga langkah untuk melemahkan hawa nafsu:

Pertama, setiap keinginan nafsu itu hendaklah dicegah dan ditahan. Ini bererti ia dikurung atau dibelenggu. Umpama binatang liar, apabila dikurung atau ditambat, ia menjadi jinak juga akhirnya.

Kedua, hendaklah diberikan suatu tekanan atau deraan yang berat ke atasnya. Umpama kaldai yang liar, apabila dilebihkan muatan beban di atas belakangnya, nescaya ia menjadi lemah dan akan menurut perintah, apa lagi kalau dikurangkan rumput untuknya.

Ketiga, hendaklah sering berdoa, memohon perlindungan daripada Allah Taala agar terselamat daripada angkara nafsu jahat (nafsu ammaratun bil-su`).

Langkah ini penting, kerana hanya dengan mendapat rahmat Allah Taala, hamba-Nya akan
bebas daripada pengaruh atau runtunan nafsu.

Dalam al-Quran, Allah mengisahkan, bahawa nabi Allah Yusuf alaihissalam bersabda, mafhumnya : Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku. (QS. 12 : 53)

p/s: Doakan untuk keputusan peperiksaan yang akan keluar.semoga semua Najah.

Read more...

  © Memacu survival Ummah 2008

Back to TOP