Setelah hampir setahun mengenali antara satu sama lain , tibalah masa untuk semua bakal Doktor-doktor disini menghadapi peperiksaan yang tidak berapa lama lagi akan menjelang dan akan membawa haluan masing-masing di bumi mansurah(berpindah), ada yang akan tinggal bersama dan ada pula yang akan berpecah dan tinggal berasingan , tetapi hati ini tetap akan mengingati sahabat-sahabat seblok ini biarpun diri ini ada juga merasa terharu dan sedih dengan kehilangan ini ,harap2 kehilangan hanya pada pandangan zahir sahaja dan bukan pada ingatan yang tulus di hati.
sedang khusyuk mendengar tazkirah Ust Salman
antara yang sibuk memotong nasi himpit
Tetamu VIP yang hadir
betapa meriahnya
menunggu sate,kek coklat dan kek pisang.
akram dan mat kata best la sate ni boleh buka kedai
Ust Salman sedang menerangkan sesuatu kepada Izzat Hadi
antara acara yang diadakan adalah tahlil, doa selamat,tazkirah dan ucapan pengerusi PCM dan ust.Salman sendiri, yang mana saudara Izzat ada mengatakan yang beliau rasa terharu dan bersyukur yang teramat sangat kerana setiap tahun yang mendatang blok A adalah merupakan blok yang mempunyai penghuni yang mana insyaALLAH akan menggerakkan PCM itu sendiri pada masa akan datang ,beliau melihat blok A dari tahun ke tahun senantiasa bersatu padu dalam setiap program yang diadakan tidak kira aliran mana pun konvensional ,manchester ,dan pergigian tetapi semua saling mengenali antara satu sama lain, walaupun tahun pertama sahaja yang tinggal satu imarah(bangunan),dan insyaALLAH akan kekal sehingga akhir hayat perhubungan ini, ust.Salman pula memberikan tazkirah berkenaan peperiksaan didunia dan akhirat tidak sama , di dunia manusia boleh menghadapinya walaupun tidak dapat menjawab dengan baik tetapi di akhirat jika manusia leka dan lagha di dunia maka tunggulah saatnya ,di dunia walaupun gagal tidak akan dibakar dan diseksa dengan azab api di dunia ,tetapi di akhirat api neraka menanti bagi mereka yang gagal dalam peperiksaan didunia , dan ust berkata sukatan dalam agama Islam ini ada dua sahaja iaitu Al-Quran dan As-sunnah dan bukan susah katanya ,dan kata Ustaz lagi sentiasalah mengingati mati sesungguhnya kematian datang tanpa diduga,tidak dilambatkan dan dipercepatkan walau satu saat,itulah antara isi tazkirah yang sempat saya dapat nukilkan di sini ,sekian sahaja buat kali ini ,final pun tidak berapa lama lagi ,semoga kita beroleh kejayaan seperti yang diimpikan ,doakan kejayaan bersama.
Setiap individu diberikan kelebihan dan cara tersendiri utk belajarcontohnya: Jika diberikankelebihan mudah memahami dalamkuliah maka harus bagi kita utk menggunakan peluang yang ada itu utk ikhtiar sepenuhnyasupaya dapatmencapaiobjektif apa yang diajar itu dan Jika kita diberikelebihanutk menghafal dengan mendengarmakarakam dan dengarlah kembali apa yang dirakam itu,jika kelebihan kita gemar terhadap slide- slideyang pensyarah berikanmaka ambillah dan manfaatkanlah sepenuhnyakelebihan yang ada itu… Analisis diri kita dan cari cara manakah yang sesuai dengan kita untuk mengecapi kejayaan…
2-Berkongsi.
Ilmu itu ibarat air ,jika dibiarkan air tadi berkeladakakan menjadi tempat nyamuk aedes bersarang dan membawa wabak kepada orang lain,Ilmu itu sifatnya semakin memberi semakin bertambah maka alirkanlah ilmu yang ibarat air itu…inilah sinergi 1+1 bukan 2 tapi mungkin akan menjadi 10.
3- Jauhi dariMaksiat.
Sesungguhnya ilmu itu ibarat cahaya ,dan cahaya ALLAH tidak akan datang kepada mereka yangmelakukan maksiat, imam Syafi’e pernah tanpa sengaja terlihat betis seorang wanita yang terselak kainnya dan hafalannya menjadikurang selepas daripada itu,banyakan amalan-amalan yang boleh mendekatkan diri kita dengan Pencipta Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya sahaja dapat kita hidup di atas bumi ini,dan minimumkan maksiat yang menjadi kelaziman di dalam diri sepertimengumpat,mengeluh, bercakap benda sia-sia,dll.
4-Jauhi penyakit(Bersaing&Perbandingan)
Bersaing dalam belajaradalah penting dan tidak dapat dinafikan keberkesanannya tetapi jika terlalukuat bersaing maka diri kita akan kehilangan akhlak&sifat seorang Islam itu sendiri,
Contohnya : menyorok ilmu-ilmu ,buku-buku ,slide2 atau info2 daripada pengetahuan kawan2 yang lain,tidak lain tidak bukan untuk menjadikan kita lebih dari orang lain, mengatakan kepada kawan-kawan kita belum study walhal kita dah study,dan selalu mendominasi terhadap sesuatu perkarahinggakan kawan-kawan yang lain tidak berpeluang utk bertanya sebagai contoh.
Membandingkan diri kita dengan orang lain juga adalah amalan-amalan yang tidak elok untuk dipraktikkan dalam diri kita sebagai seorang pelajar dan mahasiswa, Allah s.w.t telah menganugerahkan kita semua dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing jadi tidak usahlah kiranya kita amalkan ,kerana perkara-perkara tadi akan menjadikan kita merasa diri selalukurang dari orang lain , dan merasa diri lebih dari orang lain,maka tidak hairan akan timbul sifat riak,ujub, dll, Perbandingan tidak harus kita letakkan dalam skop dan erti kata yang begitu sempit seperti itu,perbandingan hanya elok diletakkan utk muhasabah diri sendiri cth seperti keadaan diri kita sekarang dengan dahulu,dan seterusnya perbaiki atau tingkatkan keupayaan diri sendiri dari segenap segi.
5-Perbetulkan dan Perbaharui niat kita dalam menuntut ilmu.
3 niat yang utama sebagai asas dalam menuntut ilmu.
1-Untuk mendapat keredhaan ALLAHs.w.t
2- Aku belajar ini adalah untuk menghilangkan kejahilan dan meningkatkan pengetahuan diriku kerana ku tahu untuk hidup perlukan ilmu sebagai panduan, dan agar ilmu ini dapat ku ajarkan pada orang lain,insyaALLAH.
3- aku belajar dan menuntut ilmu utk memartabatkan Agama Mu Ya ALLAH di mata dunia…supaya kafir –kafir tidak memandang sebelah mata umat Muhammad s.a.w ini.
Selain niat2 di atas niat yang lain juga perlu diletakkan juga sebagai asas dan keteguhan dalam diri ini.supaya tidak mudah tergugat jika ada penghalang-penghalang yang terpaksa ditempuh kelak… setiap amalan bergantung pada niat seseorang, hayati betul-betul niat kita insyaALLAH kita tidak akan tersasar jauh dari tujuan asal.
Jika ada orang berkata bahawa belajar tibb atau perubatan ini adalah cara seseorang untuk berdakwah maka,haruslah dibuktikan akan kebenarannya, salah satu jalan jihad kita , makaBERJIHADLAH dengan sebenar-benar jihad…kerja untuk ISLAM juga jangan ditinggalkan.
Jika saudara-saudara kita di palestin dapat berdepan dengan tentera Israel laknatullah denganberbekalkan sebutir batu maka di manakah maruah kita yang mana telah mendapat kesenangan untuk belajar dan diberikan nikmatlalu kita sia-siakannya… SEDARLAH wahai saudara-saudaraku, dan tegurlahAku sekiranya tersasar dari matlamat asal perjuangan kita.
Peperiksaan di atas dunia walaupun tidak sama dengan peperiksaan di sana tetapi ianya juga adalah salah satu cara untuk kita bergantung pada ALLAH dengan sebenar-benarnya.Setelah letih berusaha maka bertawakallah dan serahkanlah pada ALLAH s.w.t,serahkan segala-gala padaNYakerana dia yang maha mengetahui segala-galanya.
Seorang Mahasiswa Pergigian Universiti Mansurah ,Mesir.
Berasal dari Kelantan.
Blog ini berkisar akan perihal isu-isu semasa, perjuangan Islam, rentetan perjalanan serta sama-sama kita berkongsi pengalaman dan idea disamping mengutarakan pendapat masing-masing dalam setiap isu yang berbangkit.