Demam Peperiksaan melanda …
1-Gunakan kelebihan dan Perbaiki kelemahan…
Setiap individu diberikan kelebihan dan cara tersendiri utk belajar contohnya: Jika diberikan kelebihan mudah memahami dalam kuliah maka harus bagi kita utk menggunakan peluang yang ada itu utk ikhtiar sepenuhnya supaya dapat mencapai objektif apa yang diajar itu dan Jika kita diberi kelebihan utk menghafal dengan mendengar maka rakam dan dengarlah kembali apa yang dirakam itu,jika kelebihan kita gemar terhadap slide- slide yang pensyarah berikan maka ambillah dan manfaatkanlah sepenuhnya kelebihan yang ada itu… Analisis diri kita dan cari cara manakah yang sesuai dengan kita untuk mengecapi kejayaan…
2-Berkongsi.
Ilmu itu ibarat air ,jika dibiarkan air tadi berkeladak akan menjadi tempat nyamuk aedes bersarang dan membawa wabak kepada orang lain,Ilmu itu sifatnya semakin memberi semakin bertambah maka alirkanlah ilmu yang ibarat air itu…inilah sinergi 1+1 bukan 2 tapi mungkin akan menjadi 10.
3- Jauhi dari Maksiat.
Sesungguhnya ilmu itu ibarat cahaya ,dan cahaya ALLAH tidak akan datang kepada mereka yang melakukan maksiat, imam Syafi’e pernah tanpa sengaja terlihat betis seorang wanita yang terselak kainnya dan hafalannya menjadi kurang selepas daripada itu,banyakan amalan-amalan yang boleh mendekatkan diri kita dengan Pencipta Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya sahaja dapat kita hidup di atas bumi ini,dan minimumkan maksiat yang menjadi kelaziman di dalam diri seperti mengumpat,mengeluh, bercakap benda sia-sia,dll.
4-Jauhi penyakit (Bersaing&Perbandingan)
Bersaing dalam belajar adalah penting dan tidak dapat dinafikan keberkesanannya tetapi jika terlalu kuat bersaing maka diri kita akan kehilangan akhlak&sifat seorang Islam itu sendiri,
Contohnya : menyorok ilmu-ilmu ,buku-buku ,slide2 atau info2 daripada pengetahuan kawan2 yang lain,tidak lain tidak bukan untuk menjadikan kita lebih dari orang lain, mengatakan kepada kawan-kawan kita belum study walhal kita dah study,dan selalu mendominasi terhadap sesuatu perkara hinggakan kawan-kawan yang lain tidak berpeluang utk bertanya sebagai contoh.
Membandingkan diri kita dengan orang lain juga adalah amalan-amalan yang tidak elok untuk dipraktikkan dalam diri kita sebagai seorang pelajar dan mahasiswa, Allah s.w.t telah menganugerahkan kita semua dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing jadi tidak usahlah kiranya kita amalkan ,kerana perkara-perkara tadi akan menjadikan kita merasa diri selalu kurang dari orang lain , dan merasa diri lebih dari orang lain,maka tidak hairan akan timbul sifat riak,ujub, dll, Perbandingan tidak harus kita letakkan dalam skop dan erti kata yang begitu sempit seperti itu,perbandingan hanya elok diletakkan utk muhasabah diri sendiri cth seperti keadaan diri kita sekarang dengan dahulu,dan seterusnya perbaiki atau tingkatkan keupayaan diri sendiri dari segenap segi.
5-Perbetulkan dan Perbaharui niat kita dalam menuntut ilmu.
3 niat yang utama sebagai asas dalam menuntut ilmu.
1-Untuk mendapat keredhaan ALLAH s.w.t
2- Aku belajar ini adalah untuk menghilangkan kejahilan dan meningkatkan pengetahuan diriku kerana ku tahu untuk hidup perlukan ilmu sebagai panduan, dan agar ilmu ini dapat ku ajarkan pada orang lain,insyaALLAH.
3- aku belajar dan menuntut ilmu utk memartabatkan Agama Mu Ya ALLAH di mata dunia…supaya kafir –kafir tidak memandang sebelah mata umat Muhammad s.a.w ini.
Selain niat2 di atas niat yang lain juga perlu diletakkan juga sebagai asas dan keteguhan dalam diri ini.supaya tidak mudah tergugat jika ada penghalang-penghalang yang terpaksa ditempuh kelak… setiap amalan bergantung pada niat seseorang, hayati betul-betul niat kita insyaALLAH kita tidak akan tersasar jauh dari tujuan asal.
Jika ada orang berkata bahawa belajar tibb atau perubatan ini adalah cara seseorang untuk berdakwah maka,haruslah dibuktikan akan kebenarannya, salah satu jalan jihad kita , maka BERJIHADLAH dengan sebenar-benar jihad…kerja untuk ISLAM juga jangan ditinggalkan.
Jika saudara-saudara kita di palestin dapat berdepan dengan tentera Israel laknatullah dengan berbekalkan sebutir batu maka di manakah maruah kita yang mana telah mendapat kesenangan untuk belajar dan diberikan nikmat lalu kita sia-siakannya… SEDARLAH wahai saudara-saudaraku, dan tegurlah Aku sekiranya tersasar dari matlamat asal perjuangan kita.
Peperiksaan di atas dunia walaupun tidak sama dengan peperiksaan di sana tetapi ianya juga adalah salah satu cara untuk kita bergantung pada ALLAH dengan sebenar-benarnya.Setelah letih berusaha maka bertawakallah dan serahkanlah pada ALLAH s.w.t ,serahkan segala-gala padaNYa kerana dia yang maha mengetahui segala-galanya.
0 comments:
Post a Comment