Wednesday, September 2, 2009

Nafsu.

Salam takzim kepada semua yang sudi menjenguk ke blog ini dalam keterbatasan waktu untuk belajar ,dan terus belajar dan pada kali ini diberi kesempatan masa untuk mencoret sedikit tentang yang dikatakan nafsu ,nafsu adalah benda yang semestinya ada dalam diri setiap insan ,kita bukannya malaikat,ALLAH menguji manusia dengan memberi nafsu kepada kita.
Nafsu ini dahulu ada kisahnya yang mana "direndam" oleh ALLAH s.w.t selama bertahun-tahun tetap degil dan keras kepala untuk menjawab pertanyaan ALLAH ,dengan satu soalan siapa Tuhan kamu??maka nafsu tidak menjawab padahal dia tahu tentangnya ,tetap degil kerana sikap kerasnya.

Menurut al-Ghazali : Nafsu boleh dikekang dengan kekangan takwa. Dengan itu ia akan menjadi lemah dan tunduk mengalah. Kewarakan seseorang juga boleh membelenggunya sehingga nafsu tidak berpeluang menjalankan peranannya.Dengan kesedaran bahawa nafsu itu musuh yang akan mendatangkan kecelakaan , ia perlu dilemahkan dengan penghinaan. Jangan sekali-kali diberi muka dan dilayani keinginannya.


Ulamak sufi menganjurkan tiga langkah untuk melemahkan hawa nafsu:

Pertama, setiap keinginan nafsu itu hendaklah dicegah dan ditahan. Ini bererti ia dikurung atau dibelenggu. Umpama binatang liar, apabila dikurung atau ditambat, ia menjadi jinak juga akhirnya.

Kedua, hendaklah diberikan suatu tekanan atau deraan yang berat ke atasnya. Umpama kaldai yang liar, apabila dilebihkan muatan beban di atas belakangnya, nescaya ia menjadi lemah dan akan menurut perintah, apa lagi kalau dikurangkan rumput untuknya.

Ketiga, hendaklah sering berdoa, memohon perlindungan daripada Allah Taala agar terselamat daripada angkara nafsu jahat (nafsu ammaratun bil-su`).

Langkah ini penting, kerana hanya dengan mendapat rahmat Allah Taala, hamba-Nya akan
bebas daripada pengaruh atau runtunan nafsu.

Dalam al-Quran, Allah mengisahkan, bahawa nabi Allah Yusuf alaihissalam bersabda, mafhumnya : Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku. (QS. 12 : 53)

p/s: Doakan untuk keputusan peperiksaan yang akan keluar.semoga semua Najah.

0 comments:

  © Memacu survival Ummah 2008

Back to TOP