Tuesday, November 10, 2009

Korban (eiduladha), hati , dan Tanggungjawab...




Semalam mesyuarat pertama untuk Unit Peralatan dan pembekalan ,salah satu unit yang penting dalam Program ADHA'09 anjuran PCM, walaupun kehadiran mendukacitakan tetapi insyaALLAH tidak akan melemahkan semangat ahli-ahli yang sanggup mengerah sedikit tenaga dan masa untuk hadir walaupun yang lain sibuk memberi komitmen yang ada kadang kala terfikir tidak "sepatutnya". insyaALLAH program ini akan berlangsung pada tarikh 29 dan 30 November , dengan mengorbankan 10 lembu insyaALLAH ,Unta ada juga walaupun persendirian untuk mengumpulkan seramai 70 orang (LE100 seorang penderma diperlukan) ada seorang akhawat tanya nak sertai tak?? saya setuju je... insyaALLAH segalanya akan berjalan lancar dari mula hingga akhir.

Pagi ini syukur kerana dapat bangun dan pergi menuntut ilmu walaupun agak lama juga tidak dapat menghadirkan diri ,kitab yang diguna adalah Mauidzotul Mukminin sebuah kitab ihya ulumiddin karangan Imam al-Ghazali , bab hari ini adalah mengenali dan mengubati penyakit riya' dan rahsia puasa. Disini saya akan ingin mengambil tajuk riya' sahaja .Tajuk yang amat penting kerana amat jelas ditunjukkan bahawa pahala amalan begitu mudahnya terhapus jika kita mempunyai sifat riya' ini Nauzubillah min zalik, sesiapa yang solat untuk menunjuk kepada manusia yang lainnya maka dia telah syirik khofi, disini hendaklah kita melakukan amalan dibelakang manusia dengan sebanyaknya (tanpa pengetahun ramai ) insyaALLAH amalan ini akan menjauhkan daripada riya' ini .

Pada hari kiamat iaitu hari yang sukar akan dibangkitkan manusia dan apabila disuruh sujud maka orang-orang yang beriman dapat sujud , dan satu golongan lagi iaitu golongan yang mana riya' di muka bumi akan cuba untuk sujud tetapi belakang menjadi keras sehingga tidak dapat dia untuk sujud bersama dengan orang-orang yang beriman,riwayat bukhari dan muslim, begitulah dahsyatnya orang-orang yang mengamalkan riya' di dalam diri , dan sesungguhnya jika manusia itu melakukan amalan akhirat didunia untuk ALLAH akan bagi kedua-duanya,dan jika manusia melakukan amalan akhirat kerana dunia ALLAH akan menarik kedua-duanya , minta kita semua dijauhkan daripada sifat-sifat yang tercela ini.

Di dalam bab fiqh kita hanya menjaga amalan seperti solat di dalam solat sahaja tetapi jika di dalam tasauf kita kena jaga daripada sebelum solat, sedang solat dan selesai solat, susah difikirkan tetapi kalau kita dapat jaga semua ini ,insyaALLAH semuanya akan mudah bagi kita, jagalah hati kamu daripada sifat riya' dan takabbur dan jgnlah kamu melakukan amalan kerana ingin mendapat pangkat dan kedudukan dan sebagainya, tetapi hendaklah kamu ikhlas ,insyaALLAH ,ALLAH akan menolong kamu dan permudahkan segala kerja buat kamu .


Akhir sekali saya ingin mengambil kata-kata sahabat saya ini bahawa Amanah dan tanggungjawab itu penting, pertama kena tengok orang yang buat kerja itu amanah atau korup , kedua barulah tengok dia boleh melakukan kerja atau tidak. Sekian coretan bersahaja saya sambil menikmati pagi di mansurah ad-daqohliah ,misr ,egypt...

0 comments:

  © Memacu survival Ummah 2008

Back to TOP