Friday, April 25, 2008

Opinion : KETUANAN MELAYU ATAU APA?


Oleh:ISLAM(MELAYU)

Seringkali
kedengaran suara-suara ketakutan di kalangan masyarakat Melayu bahawa kini semakin terhakisnya kuasa Melayu seiringan dengan peningkatan apa yang dipanggil kuasa Cina.

Telahan begini muncul setelah bermulanya episod baru Politik Malaysia pasca Pilihanraya Umum ke12, 8 Mac lalu. Persoalannya, kenapakah suara-suara berbau perkauman ini muncul sedemikian rupa?

Salahkan UMNO dan salahkan Pemimpin Melayu dalam Barisan Nasional. Ini kerana mereka selama ini sering berkempen menakutkan bangsa lain terhadap parti tonggak perjuangan Islam di Malaysia - PAS. Kuasa Islam mesti ditegakkan segera.



Pada ketika ramai pengundi Cina dan India mula memberi sokongan terbuka kepada PAS, Umno pula kelihatan anti PAS, anti Cina anti India malah anti Perjuangan Islam. Perbuatan mereka yang menunjukkan kebencian terbuka terhadap bangsa lain seperti ini (secara terbuka menjerit peri Ketuanan MELAYU), bakal mengundang kebencian kaum lain terhadap kita MELAYU mahupun Kita ISLAM.

Bangsa lain ini, akan secara terbuka pula melancarkan perang terhadap apa yang mereka dakwa ketidakadilan pemimpin Melayu. Umno sering kelihatan ingin berperang dengan kaum lain (kununnya) demi survival Melayu.

Manakala PAS dan PKR bertegas untuk berbaik-baik dengan kaum lain, menegakkan apa yang dipanggil Negara Berkebajikan serta menjamin hak-hak keadilan dalam pembangunan dan pengagihan kekayaan Negara, dengan penegasan untuk terus memelihara Perlembagaan Negara serta Persefahaman Tunjang Asas Pembentukan Malaysia. Penegasan tersebut terkandung secara tersurat dan tersirat melalui Perlembagaan Parti PAS dan PKR.

Tidak seperti UMNO, dengan perbuatannya yang sering menghunus keris ke arah kaum lain, mengundang peri peningkatan sokongan pengundi cina terhadap DAP.

Fikirkan dan kembali kepada kuasa ISLAM. Kuasa ALLAH. Sesungguhnya sesuatu BANGSA ataupun Kaum (bila-bilapun) tidak dapat membunuh kekuasaan Islam mahupun menjadi penyelamat UMMAT tanpa keizinan Allah SWT. Janganlah kita tergelincir AQIDAH dalam hal sebegini. Kuatkan Amalan, Tegakkan Makruf, Hancurkan Kemungkaran, Ikhlas dalam beramal ibadat.

Yakinlah sesungguhnya penyelamat Ummat adalah hanya sanya ALLAH SWT. Hanya Allah lah yang merencanakan segala sesuatu. Ingat!! Bukan Melayu, Bukan India, Bukan CINA dan semestinya bukan pula DAP.

Oleh yang demikian, jika masih ada yang cuba menasihati para penyokong mahupun Pimpinan PAS dan PKR, alihkanlah nasihat anda kepada para Pemimpin Unmo. Ini adalah kerana para pemimpin PAS dan PKR seyakin saya, amat sedar dan insaf akan KEMERDEKAAN Hakiki.

Kemerdekaan yang bukan dengan Cara JUAL-BELI seperti sekarang ini. Pimpinan Melayu Umno yang selama ini megah dan angkuh dengan kuasa yang ada, sewenang-wenangnya mengubah dan mengalih kawasan pengundian melalui jalan Persempadanan Pilihanraya demi keuntungan Politik mereka.

Dulunya kerana dirasakan pengundi Melayu semakin cenderung kepada PAS, maka ditakutkan bangsa lain terhadap PAS. Maka berbondong-bondong pengundi lain ini mengundi BN untuk menafikan cita-cita 'Negara Islam' impian PAS yang sangat ditakuti oleh DAP itu (baca: Lim Kit Siang dan Karpal Singh). Maka banyak kawasan pengundi Cina di tambah bagi menguntungkan BN di Parlimen.

Kini apabila Kaum Cina mula beralih sokongan maka ramailah 'pembangkang Cina' di Parlimen. Maka menjeritlah pula para pemimpin yang nyata hilang jatidiri tersebut akan peri Perpaduan Melayu. Menagih simpati Melayu. Sebenarnya merekalah yang membunuh suara alternativ Melayu di Parlimen.

Jumlah wakil pembangkang 'melayu Islam' dari PAS masih di takuk lama. (baca Kerusi Parlimen Melayu di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pahang tidak bertambah) Yang sering bertambah adalah kerusi Parlimen di Negeri-negeri yang mempunyai corak pengundi bercampur-campur terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Maka untuk Pilihanraya 2012 nanti, amatlah disarankan agar kawasan Parlimen di Kelantan, Kedah dan Terengganu ditambah sebaik mungkin untuk meningkatkan jumlah kerusi Parlimen Melayu selaras usaha dan jeritan Umno akan Ketuanan Melayu. Bezanya Melayu pada waktu itu nanti bukan lagi Dominasi Umno, sebaliknya usahasama PAS dan PKR pula. -fikirkan.

Printer Friendly Page

0 comments:

  © Memacu survival Ummah 2008

Back to TOP