Wednesday, November 12, 2008

Lawatan Muhibbah BP PMRAM(Abe Malik) dan Ust.Adnan Wazir Penasihat kpkm...


Pada malam 12.11.2008 iaitu semalam rumah ana telah diziarahi oleh dua insan yang begitu disegani di mesir oleh pelajar2 malaysia iaitu Abe Malik dan Ustaz Adnan Wazir, pada pukul 8.20 malam telefon bimbit berbunyi dan tiada nama terpapar pada skrin hp ana ,selepas mengangkat hp baru ana cam siapa?? rupa-rupanya ustaz Adnan ,ana mula-mula bertanya Ustaz duk mano loni?? Ust pun menjawab dengan selamba ana duk depan rumah enta dahni...ana pun menjawab hahh gapo ustaz ,ok2, sebenarnya katanya(Ust.Adnan) nak datang rumah pada hari minggu rupa-rupanya datang dua hari lebih awal ,terkejut ana ,tapi ana teramat gembira menyambut kedatangan mereka kerana bukan senang diaorang nak datang ke muhafazah seperti mansourah ini kerana terlalu sibuk oleh taklifan seharian di kaherah, kedatangan mereka untuk bersua muka dengan pelajar-pelajar kelantan orang kelantan kata program temu mata hehe... disamping untuk taaruf dan taklimat keselamatan di mesir almaklumlah orang berpengalaman ceee... mula2 datang rumah ana dulu lepas tu bergerak ke tingkat atas pula untuk berjumpa orang lain(pelajar kelantan), kami diceritakan tentang keadaan mesir dan hal-hal berbangkit tentang masalah sosial pelajar2 malayzi disini...antara isi diskusi kami pada malam itu adalah berkisar tentang:-

  1. Di Mesir janganlah disebut tentang ikhwan muslimin ataupun Hassan Al-Banna.
  2. Tidak boleh pergi ke masjid-masjid yang dicop oleh amnu-daulah sebagai masjid (IM)Ikhwan muslimin.
  3. Tidak boleh ambil gambar ikut suka (Birahtak).
  4. Tidak boleh berhimpun melebihi 3 orang ataupun lebih.
  5. Jangan mencampuri urusan Arab seperti bergaduh dan sebagainya.
  6. Nak sebut Usrah pun susah juga.
Tidak boleh baca ma'surat di tempat2 awam, sekadar dirumah sahaja.
semua perkara ini harus dijaga oleh pelajar-pelajar malaysia,takut2 dibimbangi dapat memudaratkan diri mereka. oklah akhirnya ana mengucapkan
semoga dengan kedatangan Abg2 ini akan memberi semangat dan maklumat yang berguna kepada adik2 medik disini , disamping mengeratkan silaturahim yang sedia terjalin ini...Ukhwah Fillah...



0 comments:

  © Memacu survival Ummah 2008

Back to TOP