Eiduladha di Ardhul kinanah 2008...
Assalamualaikum & Salam sejahtera pembuka bicara,kalam saya kali ini insya-Allah akan berkisar tentang hari raya haji sebelum dan selepas ,inilah kali pertama raya haji ini disambut di perantauan bagi diri saya,pada mulanya saya merasakan sedikit kesedihan kerana tidak dapat beraya di Malaysia Kelantan khususnya negeri serambi mekah yang disayangi, pada tarikh 6hb saya dan 2orang sahabat telah bertolak ke kaherah dengan tambang L.E10 setiap seorang ,saya menaiki el-teramco (van lah kalau tempat kite).Perjalanan macam biasa mengambil masa selama 2jam kami turun di ramsis di kaherah.Saya dan izzat tidur di rumah sahabat kami iaitu Farid&Hasbie ,di madinah nasr hayyu sabi’, kedatangan kami ke sana tanpa diberitahu terlebih dahulu ,kerana hendak memberi sedikit kejutan,kami bermalam selama 3 hari di rumah mereka,Farid menyambut kami dengan penuh keceriaan manakala Hasbie pula masih terkejut hehe...
Gembira hati saya apabila dapat bertemu sahabat2 lama ini tidak dapat digambarkan dengan tafsiran kata-kata, hari pertama tersebut kami sampai malam dan tidak banyak tempat
yang dapat kami ziarahi,tapi kami dapat juga ke RKL(Rumah Kelantan lama) dan rumah Faaris dekat dengan samy photo tingkat bawah dari rumah ust.Din penasihat kpkm,di RKL kami telah dapat bertemu dengan rakan2 dari tanta yang juga baru sampai di sana ,walaupun baru kenal tapi hubungan persahabatan macam dah lama terjalin.molekla gitu,hehe.Selepas itu saya mengajak seorang sahabat yang berada di RKL untuk sama-sama pergi ke rumah Faaris kononnya saya berkata tidak mengenali rumah tersebut.setelah sampai kami melihat dalam 7 org sedang menonton bola dan bual-bual ,tajuk perbualan itu adalah berkisar assobiyah kenegerian ramai juga yang meluahkan pendapat masing-masing ,nak ketawa saya dengan pendapat2 dan idea2 yang dilontarkan , time berkumpul nilah nak bual panjang2 nya,waktu lain tak leh dah,sebab masing2 sibuk,dan jauh tempatnya,ada yang di mansoura,tanta,zaqaziq,iskandariah,dan muhafazah-muhafazah lain,selepas hampir dua jam berada di sana saya dan sahabat2 pun baliklah ke rumah, saya dan izzat ke rumah Farid untuk tidur di sana ,walaupun rumahnya tidak sebesar mana tapi cara dia melayan kami memang puas hati,terima kasihlah sekali lagi saya ingin rakamkan di dalam blog ini kepada Farid dan kawan-kawan lain,kerana menyusahkan mereka ,budi dan jasa mereka hanya ALLAH yang mampu membalasnya dengan ganjaran pahala yang lebih besar…
Pada malam raya iaitu pada hari ahad malam7.12.2008,kami berempat (saya,Farid,izzat,makki) telah ke city star tempat shopping complex terbesar di mesir ,pemergian kami dengan menaiki teksi yang mana bayaran teksi itu L.E7,dalam perjalanan itu saya melihat orang-orang arab ramai yang keluar pada malam itu,dengan ada yang berkahwin dan macam lagi,sempat juga mengambil gambar dalam teksi tersebut,tetapi pada malam itu saya hanya membawa wang sebanyak L.E50 sahaja untuk ke city star,saya pergi pun sebab nak merasai pengalaman kali pertama di sana kerana sebelum ini belum sampai lagi, ,sahabat2 yang lain pada mulanya nak membeli barang seperti baju ,kasut tetapi tengok2 harga aih saya kata mahal juga ni,kena jimat ni, malas nak ajar sifat boros dalam diri,kena pandai menjaga kewangan , time susah baru tahu betapa pentingnya wang yang ada,jadi berfikirlah sebelum membuat apa-apa pekerjaan sekalipun.Nescaya anda tidak akan menyesal kelak,
Selepas itu kami pun balik dan saya berhajat nak singgah di RKB(Rumah Kelantan baru) dahulu, jadi saya pun mengajak sahabat2 lain ikut sekali, kerana pada malam itu sahabat2 perubatan yang lain baru sampai dari mansourah,tanta,zaqaziq dan lain-lain,saya diberitahu bahawa pada malam itu diadakan satu majlis untuk menyambut kedatangan mereka, dengan ucapan oleh ust.Adnan Wazir Penasihat KPKM,dan ust.Norhalif YDP KPKM ,saya pada ketika itu lambat sampai, jadi nak masuk tu jadi segan sikit tapi ust.Jamal Timb.S/U KPKM, mengajak saya dan izzat masuk juga,jadi apalagi saya pun masuk
lah ke dalam majlis tersebut,dengan berpimpin tangan dengan ust.Jamal keseganan itu menjadi kurang,hehe…
sekitar majlis di RKB.
QURBAN..
Selepas majlis selesai ,ust-ust membahagikan ke mana tempat kami akan bermalam pada malam itu,setelah semua sekali selesai, kami berpecah mengikut rumah masing-masing,saya dan izzat pada malam itu masih bermalam di rumah Farid ,sebelum itu saya ada terdengar bahawa ada yang baru datan ni masih belum makan jadi mengajak mereka makan pada mulanya nak makan di kedai ostia pizza,tetapi malang sekali dah pun tutup kerana dah lewat dah.Waima saya dan dan yang lain seramai 6orang berjalan Farid pun kata jomlah kite pergi makan kat kedai abu romi, setelah sampai kami pun menempah menu masing2, saya pula mengikut yang lain makan ayam belanda yang diletak di dalam roti iaitu shis towuk ,kenyang juga makan makanan ni,macam burger tapi stail hamlet,hehe, setelah makan sambil berbual kami pun beransur-ansur pulang ke rumah.Saya dan izzat pulang ke rumah Farid,manakala yang lain ke rumah ust.Adnan.Setelah sampai ke rumah kami mesti tidur terus kerana hari dah lewat malam,esok nak solat hari raya eiduladha yang dianjurkan oleh PMRAM di masjid musa dekat dengan RKB.
Shis towuk.
Farid tengah buat cornflakes(syukran)
meh nak ambik gambar.
suasana di pagi raya.
bergambar barisan Pimpinan.
PMRAM.
Dengan Presiden PMRAM.
dengan Ust.Mad.
pok2 MAAHAD.
Diluar masjid Musa.
unta-unta.
tak wak kijo duk ambik gambar jah.
ust jid sibuk juga.
Pada hari raya ke-2 bersamaan 9hb 12.2008 kami berlima tambah akram dengan mat yang baru sampai dari mansourah,pergi ke ARMA dahulu, untuk majlis raya perubatan di sana, majlisnya simple je ,makan lauk daging dengan acar timun,tapi tak leh lawan RKB lagi dari segi sedapnya,hehe…saya pergi tidak lama disana kerana mahasiswa-mahasiswi perubatan rata-rata masih tidak datang lagi,mungkin ramai yang pergi ke rumah negeri masing-masing dahulu.kami pergi dan balik menaiki bas,dengan harga nus iaitu 50sen seorang ,selepas kami solat zuhur di sana kami pun bertolak ke RKB,
sampai je di RKB saya melihat berduyun-duyun orang datang untuk majlis rumah terbuka rumah Kelantan baru,tidak kira berasal dari mana-mana negeri pun.Saya duk kat luar dahulu bertemu mata dengan ust-ust RKB yang macho-macho,dengan pakaian baju Melayu bersamping,”meme smart ore klate kito”hehe. Selepas itu kami pun menjamu selera dengan lauk yang memang best,sampai kenyang,hihi. Pada petang itu kami diberitahu bahawa akan balik ke mansoura pada pukul 7 malam dengan tremco,yang telah ditempah oleh ustaz Hamdan ,kami selesai sahaja majlis di sana terus membuat perangan lain iaitu nak pergi rumah ust.Adnan Wazir yang terletak tidak jauh dari RKB,
Kami pun wida’ lah dengan ustaz2,satu tremco 10 org ana dengan izzat,mat akram,di depan dan yang lain 6orang akhowat di belakang,legalah juga tidak terlalu padat,tapi bayaran naik sikit,takpelah kata hati ni nak balik dah pun,.kami pun bertolaklah meninggalkan sahabat-sahabat di kaherah dengan rasa sedih,kerana terpaksa berpisah dah.InsyaALLAH lain kali berjumpa lagi,Farid,matki ,dan hasbie menghantar kami di RKB pada malam itu,jadi setelah semua sekali selesai,maka apa lagi sawat(pemandu) tremco pun panggillah kata nak bertolak dah,sekian sahaja coretan perjalanan untuk kali ini ,pada raya ke-3 ada majlis pula di mansoura anjuran PCM ,6ekor lembu,2kerbau, 3qharuf,nanti insyaALLAH ada masa dan peluang saya akan menulis lagi,maaf kerana lambat untuk post blog ni kerana kelambatan internet di rumah, ok harap semua yang membaca blog ini berada dalam keadaan sihat dan sejahtera senantiasa,lafaz terakhir Jazakumullah khairan kathira,wassalam…
1 comments:
waah..banyak story..kbmall kat mana tu..anyway be suscess..wallahi..waisy tini awwi..awi awi
Post a Comment