Sunday, November 22, 2009

Perang Saraf ?. Rayuan mengundi utk rakyat-rakyat mansoura.




Get your own Poll!






Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. (55)



[AN-NUR: 55]



Pada 24 hb 11 iaitu hari selasa akan berlangsungnya sesi pencalonan bagi jawatan dalam PERUBATAN CAW.Mansurah bagi sesi 2010/2011,dari pengerusi hinggalah ke exco atau ketua unit, amanah ini amatlah berat lantaran disini juga ramainya pelajar malaysia yang hampir mencecah 1000ribu orang, dan masalah-masalah yang ada disini .Diharapkan pemegang jawatan akan dapat memikul amanah ini, janganlah seperti "sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja", janganlah bersemangat mula-mula sahaja lepas tu senyap dan merudum ,entah hilang kemana ...



Sesi pemilihan yang semakin hari semakin dekat dapat dirasai akan kehangatannya ,yang mana kita akan sama-sama untuk mencalonkan pilihan hati masing-masing, pun begitu istikhorahlah siapa calon paling layak janganlah kita menimbulkan huru hara semasa sesi pemilihan ,jagalah adab-adab berjemaah semoga ALLAH s.w.t memenangkan calon yang paling layak untuk setiap jawatan yang dipertandingkan , pilihanraya ini nanti insyaALLAH pilihanraya yang adil jadi tidak perlulah kita memboikotinya ,turunlah dari setiap ceruk rantau, dari Galak' hinggalah ke syari' muaz bin Jabal ,turunlah dan tunjukkanlah keprihatinan anda semua selaku pengundi yang layak, ini adalah untuk persatuan yang menjaga kebajikan anda semua ,ini bukan benda main-main ,ini bukan benda enteng.



Diharapkan juga ukhuwah yang telah terbina akan menjadi penyatu untuk melawan dan menangkis kemungkaran dan kejahatan, unsur-unsur yang dilihat tidak penting haruslah diabaikan ,banyak lagi benda yang kita semua hendak lakukan, ke arah menjadikan PCM sebagai sebuah medium untuk segala-galanya di mansurah tanpa "menyusahkan " persatuan lain yang ada, dan sebagai satu platform kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH , biarlah apa orang nak katakan ,mulut sahaja banyak berbicara dan tangan sahaja yang berdegar-degar menulis tetapi di dalam isinya kosong dan sepi, di mansurah ini lah sebagai tapak dan "tempat latihan" untuk kita semua benar-benar berlatih sehebat mungkin untuk hidup di masa hadapan (malaysia) nanti .



Janganlah di masa pemilihan ini kita saling gaduh-bergaduh ,kutuk-mengutuk , berburuk sangka, dan bermacam-macam lagi ,jagalah hati kalian dan juga hati orang lain takut nanti binasa , takut nanti susah nak jawab di akhirat kelak ,takut nanti buruknya sebuah ikatan dan perhubungan , ikhlaslah di depan dan dibelakang sahabat-sahabat kita, janganlah menikam belakang sahabat- sahabat kita ,takut nanti kita akan ditikam sehingga robek hati suatu hari nanti, pada masa itu nanti baru hendak menyesal,tapi apakan daya ,semua orang akan merasai mati, tiada yang kekal didunia ini melainkan ALLAH s.w.t sahaja.




Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (30)

[AL-BAQARAH: 30]




Semua haruslah satu hati dan janganlah pecah-belahkan PERSATUAN dengan pendapat yang hanya betul "sejengkal " sahaja, belajarlah kadang-kadang mengalah, kadang-kadang melawan kecuali dalam perkara-perkara maksiat . "YA ALLAH engkau menangkanlah orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepadaMu ,untuk memimpin kami yang penuh dengan dosa,yang tidak terbimbing, yang tidak terlatih , dan tidak bertarbiyah,engkau latihlah dan tarbiyahla mereka untuk memimpin kami, mereka sebagai tulang belakang kami ,tulang belakang PCM untuk menolong agamaMu ,untuk menjaga penuntut-penuntut ilmu di sini jauh dari maksiat , jika mereka patah dan lumpuh maka patah dan lumpuhlah juga kami ini. Ya ALLAH , perkenankanlah doa kami ini , kami hamba yang lemah dan hina tiada kuasa untuk memutuskan sesuatu melainkan dengan kudrat Mu jua."



Akhir kalam ,jauhi perpecahan ,dan sama-sama kita jayakan visi dan misi ini

"Memperteguh kesatuan ,Menyemarak kecemerlangan" , tulisan ini ditulis sejurus sahaja selesai peperiksaan pada hari ini. Semoga ALLAH berikan kita semua kejayaan , maaf jika ada apa-apa perkataan yang mengguris hati dan perasaan .



p/s:Undian semula kerana Sdr. Mujahid tdk layak bertanding kerana menang tanpa bertanding,jadi undian terbaru diadakan semula. sekian memaklumkan...





0 comments:

  © Memacu survival Ummah 2008

Back to TOP