Berdoalah Kpd TuhanMu (ALLAH).
Dari kecil sehingga dewasa ,dari tadika hingga hingga ke sekolah rendah Islam Sri kota menyambung pengajian ke Maahad peringkat menengah,dan ke IKIP (kursus persediaan ke Jordan dalam bidang Ekonomi & Syariah),tidak lama selepas itu ke Universiti Malaya(sains hayat) dan akhirnya tempat ini bumi ini, mansurah mesir menjadi tempat yang dituju ,tempat saya mengaji ilmu pergigian dan Agama insyaALLAH ,jika dihitung sampai ke hari ini ALLAH menyelamatkan saya dan memberi saya segala kemudahan ,amatlah besar dan tidak terbalas segala jasaMU YA ALLAH, kami hambaMU lemah segalanya.
Ada satu kisah iaitu , kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik
Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan ALLAH SWT.
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
Akhirnya, ALLAH mempertemukan abangnya dengan seorang perempuan yang cantik lagi kaya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya keseorangan.
Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki kerjaya bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solat, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, ALLAH beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:
“ Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan ALLAH ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat”
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna bagi nya.
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan berdoa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.
Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-ngemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.
Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.
Kertas itu tertulis: “ Ya ALLAH, makbulkan lah segala doa abang aku”
MasyaALLAH…
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.
Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.
Saya, amat pilu dan hiba apabila membaca arikel tersebut.
Oh. Sesiapa yang membaca artikel ini mula terasa ,di manakah watak kita, Si Abang atau Si Adik?
Bila sampai di mesir pada waktu itu israel menyerang palestin,,saya nampak bahawa, perasaan rendah diri ini sememangnya perlu wujud dalam diri. Hal ini kerana, ketika peristiwa Palestin diserang Israel awal tahun 2009, Imam di Masjid-masjid sering mengulang doa ini:
“ Ya ALLAH, kalau KAU tolak doa kami, maka KAU terimalah doa orang-orang soleh dari kalangan kami”
MasyaALLAH, mesir terkenal dengan gelaran ardhul kinanah yakni bila cakap atau berdoa insyaALLAH dimakbulkan ,serta rakyat mesir pun ramai yang alim-alim, syeikh-syeikh yang ramai , pun merasakan doanya tidak layak dimakbulkan ALLAH. Tetapi kita, kadang-kadang, bila melihat doa kita makbul, jangan kata kita nak kembalikan keberjayaan makbul doa itu kepada ALLAH, malah kita rasa berbangga pula, seakan-akan kita rasa kita ini seorang dari wali-wali ALLAH
Ya, ALLAH berjanji untuk memakbulkan doa.
“ Dan berkata RABB kamu, berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan!” Surah Al-Mu’min ayat 60.
“ Dan jika hambaKu bertanya kepadamu(wahai Muhammad) tentang AKU, sesunggunya AKU amat dekat…” Surah Al-Baqarah 187.
Kita kena yakin sentiasa bahawa ALLAH akan makbulkan doa kita.
Tetapi, kita tidak boleh mengangkat diri kita dengan menyatakan bahawa ALLAH memakbulkan doa kita kerana kebagusan kita. Sebab itu, apabila berdoa, kita perlu berdoa dengan rendah diri. Jangan rasa kita hebat hanya kerana doa kita dimakbulkan. Malah, kalau kita perasan doa kita dimakbulkan, perlulah kita pulangkan segala kehebatan kepada ALLAH SWT.
Sesungguhnya, ALLAH itu memberikan rezeki dan pertolongan, kepada sesiapa yang DIA mahu.
p/s: bittaufiq wannajah dalam imtihan kepada semua sahabat-sahabiah sekalian ,semoga dipermudahkan segalanya...
6 comments:
Amat brmakna..
iAllah tingkatkan doa..
Sama2 "Mumtaz" dalam akademik,ibadat,kehidupan seharian,hablu Allah wa hablu minnal nas mahu pun perjuangan..Moga perjalanan hidupmu sentiasa dalam Rahmat Allah..
Insyallah mulai hari ini sama kita berdoa utk saudara-saudara kita dengan bersungguh-sungguh.
mantap!
sama2 berdoa
salam..
thumbs up for this article..
good luck for ur exam...
n teruskan menulis...wassalam~
salam..
thumbs up for this article..
good luck for ur exam...
n teruskan menulis...wassalam~
terima kasih la , ambo biasa2 jah xpndai nak buat bahasa2 klasik dan sastera ,maaf la jika ade kekurangan.
Post a Comment