Wednesday, January 20, 2010

SERONOKNYA KAWEN...

Saya berkahwin akhirnya, dengan muslimah yang paling sesuai dengan saya pastinya. Perkara yang paling menyeronokkan dalam berkahwin ialah dapat berbincang perkara yang bersifat ilmiah dengan isteri.

Saya beruntung dapat menjadi menantu sebuah keluarga yang bahagia bagi saya. Ayah mentua baik orangnya, serta mempunyai peribadi dan karismatik tersendiri. Beliau memiliki semangat kepimpinan yang luar biasa.

Saya masih ingat pesan ma, sebelum kami berkahwin, “Ngah akan kawen dengan orang yang ngah sendiri pilih. Jadi ngah kena harungi kehidupan dengan dia dan jangan menyesal.”




Alhamdulillah saya tidak menyesal kerana perkahwinan saya ini mendekatkan diri saya kepada Allah. Saya terasa nikmat berhubung dengan Allah sekarang.

Saya ada beberapa target yang mesti saya capai. Antaranya, isteri saya mesti menghabiskan bacaan 30 juzu’ dengan saya. Saya berkira-kira, dalam tempoh dua tahun Insya-Allah akan tamatlah 30 juzu’ itu.

Saya kini berteman ke kuliah-kuliah Maghrib. Sengaja saya membawa isteri bersama agar ia turut mendengar pengisian yang disampaikan saya. Lalu pengisian itu sebenarnya bertujuan untuk mendidik hati saya, isteri dan masyarakat masjid.

Jika isteri saya wajib mentaati saya, maka saya wajib berbuat baik kepadanya. Jika isteri wajib berwangi-wangian untuk suami, suami juga wajib berwangi-wangian untuk isteri. Jika isteri tidak boleh meninggikan suara (berkeras) dengan suami, maka suami juga begitu lakunya.

Saya memilih isteri saya sekarang bukan kerana ia muslimah yang terbaik. Dan ia memilih saya bukan kerana saya muslim terbaik. Masing-masing mengakui kelemahan. Cuma kami memilih pasangan hidup yang paling sesuai dengan keadaan diri kami.

Yang paling seronok ialah, saya dapat menjadikan perkahwinan sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Alangkah ruginya perkahwinan kami sekiranya kami sibuk bersama untuk bermesra tetapi perkahwinan kami akan bermakna jika kami bersama untuk mengingati Allah.

Bagaimanakah kita semua akan menyempurnakan separuh daripada Agama ini kelak , tepuk dada tanya iman...


Bolehlah anda baca disini : http://dzulkhairi.blogspot.com/2010/01/seronoknya-kawen.html
penulis adalah Naqib semasa saya belajar di Universiti Malaya dulu, semoga Abe Dzul dan Zaujah akan bahagia sampai bila-bila , dan apa yang diharapkan dalam perkahwinan akan tercapai....Sekian didoakan.

5 comments:

Afuza Abdullah b Idiris January 20, 2010 at 2:27 PM  

salam baitul muslim....

nielah Fenomena KCB..
Ketika Kakiku Berpijak...
seronok dan begitu bermakna

Farhan Azhar January 20, 2010 at 2:41 PM  

ana tak tgok pun KCB ni... samada yg pertama atau yg kedua...

Akhi Abdul Kadir. January 23, 2010 at 1:14 AM  

Salam, jadi apa tunggu lagi? Mari mendekat diri kepada Allah melalui jalan sunnah Rasulillah saw..ameen..!

Farhan Azhar January 23, 2010 at 10:02 AM  

hehe Akhi Ust Qadir, ana x lg kot, tnggu peluang ade insyALLAH, doalah ... org slalu b'ckp kite kawen krna apa,?semua org tkut nak kawen awal ,alasannya yg popular, adelah:
nak belajar semua ilmu dlu br nk kawen, macam maslah plok,pdhal kelas pun xg juga... ish2.. manusia...

Unknown January 23, 2010 at 10:36 PM  

ceh..igtkan artikel demo

  © Memacu survival Ummah 2008

Back to TOP