Thursday, June 18, 2009

18th June 2009



Apa ada pada nombor dan usia ,jika kita masih berada di takuk lama, tidak cuba untuk keluar dari kepompong yang lama dan usang... 18.6.88 iaitu hari ini,telah memasuki umur ke 21 ,biasanya umur ini dikaitkan dengan elemen kematangan dan keteguhan dan jati diri yang kuat ,dan umur ini juga kalau di malaysia adalah umur yang cukup untuk anda dan sesiapa sahaja untuk membuat pilihan untuk memilih kerajaan ,iaitu umur untuk anda mendaftarkan diri anda kepada SPR(suruhanjaya pilihanraya) untuk anda membuang undi jika terdapat pilihanraya di kawasan yang anda duduki, cukup relevan kalau dikatakan umur ini adalah satu tahap di mana anda berada di dunia ini ,untuk mengharungi cabaran dan godaan di dunia yang fana ini...
Lama mana anda hidup selagi itulah anda akan diuji di dunia ini oleh Sang Pencipta kita, jika anda dapat mengharunginya maka anda akan berjaya jika gagal maka sebaliknya pula akan terjadi,nauzubillah dari kesan-kesan yang buruk... Rabbuna yussahilak,mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang digelar pemuda-pemudi dalam ISLAM,dan tetap utuh mempertahankan Ad-Din ini ,jika nyawa menjadi taruhan ,kita boleh dan bersedia untuknya kerna kita ini dan jangkauan umur ini adalah buruh kasar dalam perjuangan ISLAM,berkorbanlah demi Agamamu wahai pemuda-pemudi sekalian...




syukran ,wassalam...

0 comments:

  © Memacu survival Ummah 2008

Back to TOP