Sunday, June 28, 2009

Jaulah AJKT KPKM 2009 pengakhirannya di Mansurah.

Permulaannya disini.

Pada 26julai yang lepas yakni 3 hari yang lepas ,pelajar-pelajar medik dan pergigian mansurah telah dilawati oleh Penasihat dan AJKT KPKM ,singkatan kepada Keluarga Pelajar Kelantan Mesir, lawatan kerja AJkt ini adalah bertujuan untuk merapatkan dan melepaskan rindu kepada pelajar-pelajar kelantan yang ada di mansurah ini,setelah lama berada dalam musim imtihan kini tibalah pula untuk menghilangkan stress dikalangan pelajar-pelajar ini, dan sungguh banyak kenangan manis apabila semuanya turun untuk berjumpa dengan anak-anak buah di mansurah ini.


lari-lari di padang

Ukhwah.
Pada kunjungan ini juga telah diadakan aktiviti yang melibatkan semua ahli-ahli kpkm bersama dengan AJKT, antaranya bola sepak dan majlis suai kenal dan majlis makan yang bertempat di dewan banat sehari selepas acara padang,sungguh menghiburkan hati pelajar-pelajar medik dan dirasat di mansurah ini apabila dapat bertemu dengan ustaz yang datang jauh dari kaherah semata-mata untuk menjayakan program ini, saya percaya dengan adanya program 'turun padang sebegini mungkin akan menghidupkan lagi ukhwah yan sedia terjalin.

Ulama' dan profesional.
Ustaz-ustaz dan pelajar medik disini khususnya dan seluruh muhafazah amnya,seperti tidak dapat dipisahkan ,kerna mereka sesungguhnya saling memerlukan antara satu sama lain, kalau pelajar medik tidak faham tentang hal ehwal agama siapa lagi jika bukan golongan yang bakal menjadi ulama' ini nanti akan dirujuk oleh pelajar-pelajar medik,dan begitu juga halnya dengan ustaz-ustaz yang mana mereka perlu juga merujuk kepada doktor dan doktorah di sini dalam hal yakni perubatan, ustaz Adnan contohnya ada menyebutkan tentang dua golongan ini di dalam ucapan aluannya di dewan jazirah al-ward iaitu dewan banat, pada petang 27julai tentang 2golongan ini , kalau dilihat di malaysia sekarang ada sahaja pihak-pihak yang berniat jahat untuk memecahbelahkan 2golongan ini,supaya tidak terjalin hubungan yang rapat dan berpecah-belah.

Jaga-jaga.
Dengan kewaspadaan kita kepada anasir-anasir ini saya percaya untuk kita saling memahami akan begitu mudah sekali dan susah sekali untuk diporak-perandakan keluarga ini, kelantan sebagai contohnya orang kata terkenal dengan Assobiyahnya ,tetapi rakyat negeri Cik Siti Wan kembang lah yang lebih mengetahui perihal assobiyah ini,bukan digelar assobiyah jika kita cintakan negeri ,menurut kata seorang ustaz, assobiyah ini adalah bersubahat dalam benda-benda kejahatan,saya rasa ini yang betulnya.

Hebatnya Ukhwah ini.
dikala sedih ada yang merapati dikala gembira ada yang menemani,betapa seronoknya walaupun tidak lama lawatan muhibbah ini berlangsung tetapi sekejap sahaja inilah yang menjadikan kita lebih menghargai tentang masa bersama,masa yang berkualiti untuk proses berukhwah sesama kita, ada yang main bola sampai sakit-sakit tubuhnya tetapi hilang sekejap sahaja,kerna semangat lain ada dalam diri, ada yang main bola berjam-jam lamanya tanpa penat kerna kudratnya hebat, tubuhnya tidak seperti tenaganya,macam-macam lagi gelagat yang dapat dilihat diatas padang dan di dewan, pada kedua-dua hari yang berlangsungnya lawatan ini, disini sengaja saya nukilkan tentang hari yang mana boleh dianggap bersejarah bagi penduduk-penduduk mansurah,disertakan juga gambar-gambar yang sempat diambil semasa aktiviti di padang dan juga di dewan,disini juga saya ingin mengucapkan tahniah ustaz Toha dan isteri semoga bahagia hingga ke anak cucu, untuk makluman ustaz Toha baru mendirikan rumahtangga pada hari khamis sehari sebelum program ini ,itu sebab ustaz datang lambat.




ust.Ne sdg memperkatakan sesuatu

ust.Abu,ust.Sata,dan Ydp ust.Alif

ust.Ne sdg serius dalam kata-katanya

ust.Kamal sdg memikirkan sesuatu(ijtihad kot)


antara barisan AJKT

acara bagi hadiah kpd Pengerusi DPM

suap ustaz jgn tak suap(bukan pulut semangat)

ust.Alif sdg memangku anakanda kesayangannya

Pengerusi PCM pun nak pegang juga anak hehe

acara bagi hadiah kpd pengerusi PCM

ust-ust yang kesakitan "diparah" di padang duduk kesakitan di dewan

muzakarah bukan muqobalah!

ust.Jid kata apa tu,tentang racun-racun dikaherah ke??

ust.Kamal sdg berucap hihi,mantap

ust.Toha yang baru berumahtangga

p/S: nak copy gambar dilarang sama sekali,sila minta kebenaran dahulu daripada admin,ok

Akhir kata,syukran dan selamat maju jaya semua...

0 comments:

  © Memacu survival Ummah 2008

Back to TOP