kemanisan Kerja-kerja Islam...
Sesungguhnya ALLAH amat senang bila mana di kalangan pemuda dan pemudi ini berada pada landasan perjuangan Islam , insyaALLAH sekiranya kita memilihnya kita akan menemui jalan terbaik dalam kehidupan ini, umumnya kerja ISLAM sebagai contoh seperti membawa manusia kepada jalan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran , daripada kegelapan kepada cahaya, dan kerja-kerja ini selalunya ramai yang akan menentangnya dan menghalangnya, jadi orang-orang yang hendak meneruskannya perlu memastikan bekalan dalam diri cukup untuk melawan segala mehnah dan tribulasi ini demi untuk merealisasikan matlamat dalam gerak kerja Islam.
Kalaulah perjuangan Islam ini diberi oleh ALLAH tentang waktu bila nak sampai bila nak menang ,maka akan ramailah manusia yang akan mengikutmu untuk berjuang bersama, ianya penuh dengan kepayahan,kerna akan beroleh pahala yang besar,jika dibandingkan batu jalanraya dan emas ,batu jalan raya boleh dikutip dengan percuma tak mampu untuk kita mengutip batu ini dengan sebanyaknya,tetapi berbeda dengan emas yang mahal ,dipecahkan dengan batu ,dibakar dan ditukul dibakar api sehingga hangus ditukul lagi barulah melahirkan emas yang mahal inilah yang dinamakan Perjuangan ISLAM wahai saudara-saudaraku,
yakinlah bahawa perjuangan kita ini akan menang satu hari nanti ,sesungguhnya untuk mengisi kemenangan itu adalah lebih susah, wahai rakan-rakan seperjuangan sesungguhnya perjuangan kita tidak akan habis selamanya dan kita mesti tetap utuh untuk mempertahankannya,di mansurah sendiri banyak kerja-kerja ISLAM yang dapat dilakukan semuanya bergantung kepada kita untuk memilihnya, sedih sekali jika yang bekerja hanya sekerat dua untuk kerja-kerja ISLAM ini,amatlah rugi jika ini sahaja yang ada pada masyarakat kita hari ini, amat sebak sekali dengan keadaan seperti ini,itu tidak soalkan lagi mana perginya ukhwah kita dalam adab-adab seorang pejuang ,ada macam-macam makhluk yang wujud yang jenis tikam kawan ,yang rosakkan dan sabotaj jemaah ,yang masih fakir fikiran mereka tentang perjuangan ISLAM tentang jemaah-jemaah, banyak jenis manusia yang hidup di muka bumi ini kalau hendak diberitakan satu persatu hal-hal mereka, ada yang baik didepan tapi didalam hati ALLAH sahaja yang mengetahuinya, hasad dengki tidak mengira waktu kadang-kadang syaitan pun kalah barangkali.
Walaupun kita terpaksa berdepan dgn kesusahan dan kepayahan dan kita berhadapan dgn berbagai risiko dalam perjuangan ini tidak mengapa,tetapi hakikat yang harus diketahui adalah tidak berjuang tidak berjihad di jalan ALLAH itu adalah risiko yang paling besar,yang akan kita hadapi,tetapi percayalah,
kalau anda berhenti berjuang dan kita semua tidak berjuang maka pasti kita semua akan menghadapi risiko lebih besar drp berjuang berhadapan dengan risiko, di zaman ini umat ISLAM ini ramai tetapi umat ISLAM ada satu penyakit musuh-musuh akan megerumuninya ,seperti mana budak-budak yang lapar menghurungi makanan ,mereka tiada kekuatan ibarat buih-buih di lautan,maka janganlah kita hanya sekadar menjadi laksana seperti buih-buih sahaja,banyak manfaat akan kita perolehi di hadapan nanti jika kita mengharapkan keredhaan ALLAH dalam perjuangan ini...
p/s:dah lama nak post tetapi tidak berkesempatan ,baru balik dari cairo,terima kasih kepada semua...
Syukran ,wassalam...
0 comments:
Post a Comment