Monday, October 26, 2009

Betul senyap itu hikmah...

Baru semalam menulis hari ini malam ini 26okt09 saya terbaca blog kawan saya ini sekali lagi , dia balas lagi(hehe) saya harap dia tidak marah kerana saya menegurnya ,janganlah mudah terasa,saya tidak berkecuali biarlah saya juga menegur kerana saya ahli PAS, malas hendak mengambil sikap berkecuali ini,kita telah besar dan boleh berfikir yang mana baik dan yang mana tdk baik...

Saya ingin mengambil sedikit petikan daripada blog ustaz Nik Mohamad Abduh anakanda TokGuru,saya suka memetik ayat beliau yang mudah dan jelas untuk difahami di bawah ini...
Antaranya, 1) Anda mesti ikhlas 2) Anda mesti memohon pembebasan denganNya daripada keburukan fitnah itu 3) Anda mesti adil menilai 4) Anda mesti menjaga adab dengan Allah dan sesama makhluk 5) Anda mesti merujuk kepada sumber yang pertama 6) Anda mesti mendengar daripada semua dan mengambil yang terbaik 7 ) Anda mesti menapis daripada perkhabaran sang fasiq dan munafik 8 ) Anda mesti kepinginkan kesatuan, bukan perpecahan. 9 ) Anda jangan mengambil bahagian atau kacau daun tak tentu pasal 10) Anda jangan berkata dusta, mengejek dan menghuru harakan 11) Anda jangan nak jadi hero.
Semua yang terjadi ini kalau saya boleh sebutkan disini tentang isu ini adalah kerana
dua kesilapan yang dilakukan oleh S/u politik TGNA adalah antaranya(menurut sumber yang sahih) :
1)Tentang EGM tidak memberikan nasihat yang betul kepada TGNA tentang apa akan terjadi jika EGM atau muktamar khas berlaku.(secara ringkas)
2) Sepatutnya menghantar surat yang TGNA tulis terus kepada Presiden tetapi memasukkannya didalam blog itu sama sekali tidak betul .

Di dalam politik ini,politik mengikut sunnatullah tidak begitu sahabat
saya agak tidak bersetuju dengan sahabat saya ini , di dalam politik dan di dalam seluruh aspek kehidupan adalah semua yang berlaku telah ditetapkan sebagai contoh kalau seseorang itu terlalu yakin dan ''over confident'' (dengan izin) maka dia masuk pertandingan merebut jawatan di dalam parti dan organisasi lain amnya, maka dia rasa yakin akan menang sebagai contoh timbalan presiden maka kalau ALLAH tidak mentakdirkan beliau atau sesiapa sahaja maka benda ini tidak akan sesekali berlaku,. kekuasaan ALLAH lebih meluas tidak dapat menandingi kuasa ALLAH wahai semua manusia yang lemah dan hina, harap semua memahami ...

Maka kita semua haruslah memahami dan sentiasa redha dengan apa yang berlaku kalau di mesir ayat ini yang selalu diguna '' berlapang dada'' ,mesyuarat PAS pusat akan diadakan pada hari rabu ini (28.10.09),kita semua mengharapkan yang terbaik untuk jemaah ini ,jangan kita menjadi berkecuali dalam hal ini,tempat yang selamat tidak semestinya kita berkecuali...



''Beradablah di dalam berblog''
''Membangun bersama ISLAM''

1 comments:

medikal-info October 26, 2009 at 1:16 PM  

kawe sokong deme..biar la ore kato gapo..syp lg penting..lawe kito umno dan isma..buke ore kito sendiri..

  © Memacu survival Ummah 2008

Back to TOP