Sunday, October 25, 2009

Jadilah agen kepada pentakriban jgn jadi agen pemba'idan ...





Politik di tanah air ada pasang surutnya, begitulah juga seperti rumah tangga tidak akan terlepas daripada ujian maka akan diuji juga,mutakhir ini kita digemparkan dengan cadangan Tok Guru Nik Abd Aziz yang mana hendak diadakan muktamar khas sepertimana EGM Mca dan sebagainya, benda ini bertitik tolak daripada seorang profesor yg mengeluarkan kenyataan bahawa PAS perlu mengadakan muktamar khas utk membersihkan pemimpin yg pro umno, katanya ramai dikalangan ahli PAS sendiri khususnya dan masyarakat malaysia umumnya masih tidak memegang prinsip yg betul dalam kita bersiasah,ini amat mendukacitakan...

Janganlah kita yang mana faham akan ISLAM menjadi batu api dalam perjuangan ini, sesungguhnya wala' itu penting dan tegur itu betul dan tidak salah tetapi biarlah selepas kita mengetahui akan hal sebenar, hendak marahkan nyamuk kelambu dibakar , jangan org lain yang jadi mangsanya,fahamlah cara berpolitik yang betul dan janganlah mengeluarkan kenyataan yang mana mempunyai unsur-unsur yang tidak sedap didengar ,berhati-hatilah dalam penulisan jika kita betul-betul hendak menulis belajarlah jangan main hentam kromo sahaja...




Saya jarang menegur orang tetapi ada ketika kalau ada yang lebih tidak salah kalau kita beri mereka teguran sedikit ,adalah seorang sahabat saya yang belajar di mesir(kaherah), telah menulis entry ini.
sesungguhnya bukan Tok Guru yang buat ''perangai'' ,ketua dewan ulama' sendiri tidak percaya bahawa Tok Guru yang kata, mungkin ada pembantu-pembantu dibelakang Tok Guru yang memprovok,memberi pandangan yang salah,fakta yang tidak betul, tetapi percayalah selama ini PAS tidak pernah lagi dalam sejarah mengadakan muktamar khas, oleh itu kita tunggu dan lihat apa yang akan pimpinan katakan terlebih dahulu janganlah ada yang sampai menyumpah seranah Tok Guru dengan hal-hal seperti ini,meminta Tok Guru berundur,dan macam-macam lagi,belajarlah senyap kerana senyap itu ada hikmahnya,bukan senyap kerana tidak tahu menilai dan bodoh tetapi senyap itu akan menjadikan musuh-musuh ''kepanasan'' dan satu masalah bagi orang yang melakukan khianat,hendaklah kita menjadi orang yang duduk di tengah-tengah, janganlah kita jadikan ini sebagai platform kepada perpecahan seperti ISMA, yg mana menubuhkan JIM , konsis, IRC dan macam-macam lagi,kita mahu melihat kesatuan,bukan perpecahan jangan jadikan PAS sama seperti jemaah lain,.

Kita tidak perlu menghiraukan pandangan orang yang mahu melihat PAS berpecah ,PAS sendiri hampir 20 tahun tidak ada masalah yang besar dan yang tidak dapat diselesaikan ,bahkan apa yang terjadi ini mungkin adalah ujian dari ALLAH yang mahu melihat kita semua bersatu, dan matang dari segenap aspek politik untuk persediaan memerintah Malaysia. PAS tidak pernah diharamkan sepertimana umno ,PAS tidak sesekali seperti itu,bahkan kita perlu perkuatkan azam dan tekad untuk perkuatkan PAS ,kalau ada yang khianat dalam PAS ,tidak lama akan sampai bantuan ALLAH,jatuhlah orang-orang yang khianat dan berdengki dalam perjuangan yang suci ini, yakinlah... Janganlah kita menghamburkan kata-kata kesat kepada TGNA sepertimana umno,belajarlah sabar jangan ikut sangat marah itu,senyap itu ada hikmah seperti TGHH yang pandai berhadapan dengan situasi ini,tidak cepat melatah...

Kita fikirkan cara hendak perapat bukan fikir cara hendak berpecah...Sekian sahaja coretan saya disini , dan sama-samalah kita mendoakan TGNA dan TGHH akan dapat mencari formula yang paling baik dalam memperkukuhkan PAS...


''PAS FOR ALL''

0 comments:

  © Memacu survival Ummah 2008

Back to TOP