Sunday, October 4, 2009

Dialah Mahathir dan Ibrahim Ali.

Aku duduk dipenghujung barisan dan bertiku di atas pepasir. Suasana hening dipinggir pantai benar-benar menenangkan jiwa. Kilauan bintang dan cahaya rembulan jelas terpancar menambahkan lagi seri keindahan malam yang barakah. Sekali sekala tiupan angin malam datang menyapa wajah-wajah pencinta ilmu dan perjuangan.

Angin bayu yang bertiup dari arah Laut Cina Selatan telah menghangatkan lagi tubuh badan mereka. Mereka itulah yang hadir untuk meraikan sebuah kemenangan Islam yang baru dikecap buat kali ke-5 penggal berturut-turut di bumi Kelantan Darul Naim.

Suara Tok Guru jelas sekali kedengaran. Setiap kata yang dilafazkan itu mudah sahaja ditangkap oleh sesiapa sahaja. Mereka terpaku dan mendengar dengan penghayatan. Masing – masing tenang dan memasangkan telinga dengan penuh kekhusyukkan. Sekali ku pandang wajah orang-orang mukmin yang hadir ke tempat itu. Ku dapat lihat sinaran wajah yang sunguh berseri bersulamkan pancaran keimanan yang nyata kepada Tuhan.

Oh, begitu besar sekali kebesaran Tuhan dan alangkah indahnya waktu di ketika itu.
Ianya persaksian yang agung di atas duniawi kerna apa yang aku hayati itu adalah suatu program yang semuanya diatur dengan konsepnya berwajahkan keislaman.

Usai solat isyak di tepi pantai, berkumandangan pula tazkiyatun nafs yang benar-benar menyentuh jiwa. Ketika di waktu solat pun ianya sudah memberi impak yang cukup bermakna, inikan pula dengan tambahan tazkirah yang hadirnya mempersembahkan sebuah peringatan dan khabar gembira untuk semua. Isinya mendatangkan keinsafan buat hati yang seringkali alpa.

Semasa solat isyak, Tok guru membacakan beberapa potongan ayat dari Surah Yasin. Rakaat pertama berlalu. Di rakaat kedua, Tok guru membacakan pula surah Al-Insyirah. Suaranya syahdu serta lembut mendayu – dayu.

“Ah! Suara orang tua itu benar-benar menusuk qalbuku” Bisikku secara perlahan didalam hati sambil ke dua – dua tangan mengenggam erat di atas pusat. Sungguh aku tidak tertahan.

Suaranya perlahan dan lemah dek kerana usianya yang sudah tua. Butiran wahyu yang
dibacakannya satu persatu kedengaran tanpa ada sedikitpun kecacatan. Sungguh andai ada sahaja jiwa sesiapa yang mudah tersentuh saat mendengar bacaannya itu, pasti akan dia tangisinya. Sungguh sekali!

Desiran Ombak perlahan-lahan datang menghempap pinggiran pantai. Kedengarannya silih berganti lantas menghidupkan lagi suasana malam yang redup dan aman.

“Mahathir otaknya bijak, tapi sayang dia tidak gunakan kebijaksanaan itu untuk islam”. Kata Tok Guru untuk semua para hadiran.

Ku tidak sangka nama Mahathir tiba-tiba muncul di bibir kata Tok Guru. Selepas hampir 45 minit Tok Guru mempersembahkan sebuah tazkirah yang banyak memuji kebesaran Tuhan, tiba – tiba sahaja ia selitkan dengan nama Mahathir kemudian disusuli pula dengan nama UMNO.

“Ambo ado duo perkaro nok di beritau sebab apo UMNO nie begitu sangat mau rampas Negeri Kelate. Tapi untuk malam nie, ambo cumo nok sebut satu jah, so lagi tu, demo pikirla sendiri”. Sebut Tok Guru sambil orang ramai tidak sabar – sabar mahu mendengarnya.

“Pertamo, UMNO takut kalu apo hok kito buat di Negeri Kelate nie ake ditiru oleh Negeri – negeri yang lain. UMNO cukup takut kalau bercambahnya program-program Islam, pondok-pondok, madrasah dan institusi Islam hok ado loni di Negeri Kelate nie ake ditiru bulat – bulat oleh Negeri lain. Sebab tulah dio nok rampas sangat Negeri Kelate nie supayo mudoh dio nak mapuh program-program Islam nie”.

"Aduh, sampai macam tu sekali kejahatan UMNO". Bisikku di dalam hati. Semua yang mendengar terkejut kecil dan ada yang melafazkan istighfar kepada ALlah SWT.

Benar sekali kata – kata Tok Guru itu malah aku cukup – cukup yakin dan percaya. Masakan pula tidak, sehingga hari ini pun, masih lagi ada yang busuk hati dengan sebuah Negeri yang bernama Kelantan yang mana ianya hanyalah diperintah oleh seorang tua yang sudah lemah tidak berdaya. Saat membilang detik, bila-bila masa sahaja ajal maut datang menjelma meragut usianya yang sudahpun kelewatan.

Namun, itulah realitinya. Sehingga hari ini, masih ada lagi orang yang iri hati dengan gaya pemerintahan yang diusahakannya sejak belasan tahun dahulu malahan menjangkau 20 tahun.

Kata – kata nista seumpama tiada pembangunan, mundur, rakyat miskin, tidak maju dan sebagainya adalah kata – kata lama yang diulang kembali oleh pemimpin-pemimpin yang seringkali tamakkan kuasa.

Sekarang, aku sama sekali tidak boleh mendengar retorik kata itu apatah lagi di era yang sudah jauh merubah.

Apakah mata mereka sudah sudah buta. Apakah mata hati mereka sudah tiada. Semuanya aku tidak tahu langsung. Mungkin ALlah benar-benar telah menutupi serapat-rapatnya mata hati mereka sehingga langsung tidak nampak suluhan kebenaran di depan mata.

Aku sungguh sedih dan pilu sekali andai Tok Guru yang sudah uzur itu diserang – serang malahan menyalahkan dia sama sekali. Cukup pedih lagi andai ada yang merobek keperibadiannya yang mulia.

Siapa sahaja yang tidak sayang kepada Tok Guru yang telah sedaya upaya membangunkan roh pembangunan insan dengan segala kudrat yang ada. Cuba lihat matanya yang kendur, cuba lihat tengkuknya yang berurat, cuba lihat kedutan di rautan wajahnya.

Apakah dengan mata, tangan, kaki dan mulut yang yang senantiasa waspada pada peringatan Tuhan bagi memakmurkan sebuah Negeri menurut ajaran al – Quran dan As Sunnah, apakah masih ada lagi yang menentangnya dengan begitu keras sekali?

Oh! Andai ada pedang yang tajam bercabang dua, aku ku pancungkan segera leher mereka. Biar mereka rasakan betapa sakitnya kematian mereka seiring dengan kesakitan hati yang terguris oleh seorang insan tua yang bernama Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

0 comments:

  © Memacu survival Ummah 2008

Back to TOP