Sunday, March 28, 2010

Jom Heboh di kelantan,cipta sejarah!





Tok Guru ...


YB.Ust Baihaki menyampaikan hadiah




pertunjukan bunga api




Tempat duduk diasingkan!!!




Apabila disebut program Jom Heboh tentunya kita terbayang-bayang aksi artis lelaki dan perempuan terlonjat-lonjat di atas pentas.


Namun, lain pula dengan Jom Heboh yang telah diadakan di sini pada 26 dan 27 Mac yang lepas, tiada artis wanita ditampilkan pada konsert yang diadakan.


Sebaliknya konsert itu pada malam 27 Mac lalu hanya menampilkan artis lelaki termasuk Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin.


Selain itu, difahamkan tiada siaran langsung dibuat bagi konsert berkenaan seperti dilakukan TV3 di negeri-negeri lain sebelum ini.



Dan Kelainan dapat disaksikan apabila tempat duduk di antara lelaki dan wanita,keluarga diasingkan pada persembahan konsert terbabit.



“Mereka(Tv3) bersetuju untuk mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998 yang dikuatkuasa di negeri ini.


“Datuk Takiyuddin Hassan sebagai anggota Exco yang bertanggungjawab memberi penekanan mengenai perkara itu pada mesyuarat yang diadakan sebelum ini,”



Karnival Jom Heboh TV3 sebelum ini lebih dikenali sebagai Sure Heboh diadakan di seluruh negara kecuali Kelantan.



Bagaimanapun, TV9 pernah menganjurkan program Sua Rasa dan Perkampungan Hadhari di Kota Bharu sebelum ini tanpa melibatkan percanggahan dengan dasar kerajaan negeri.




Dan pada program itu juga sebuah khemah besar yang dinamakan sebagai Kota Ilmu disediakan pihak penganjur untuk dijadikan tempat solat dan pameran program Jejak Rasul. Setiap kali masuk waktu, azan telah dikumandangkan dan penyediaan tempat solat yang banyak juga turut memberi keselesaan kepada pengunjung.



Pemangku Raja juga hadir pada program al-Kuliyyah yang disiarkan secara langsung pada petang 26 Mac yang diadakan di khemah tersebut.


“Selain itu Menteri Besar dan anggota-anggota Exco dijemput untuk mengisi program Talk Show,”.



Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, juga melahirkan rasa kagum di atas sambutan yang amat menggalakkan dan setakat ini Kelantan adalah negeri yang begitu berjaya dalam mengadakan program Jom Heboh yang berakhir malam tadi.




“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz serta kakitangan kerajaan negeri yang begitu mesra dalam memberi kerjasama kepada kami dalam menjayakan program ini untuk kali pertama di Kelantan dan insya Allah ia akan diadakan pada setiap tahun di sini sekiranya mendapat kelulusan pihak kerajaan,” kata beliau.




Walaupun ini kali pertama konsert yang tidak ada artis wanita, namun ia amat berjaya dan stadium dipenuhi orang ramai yang dianggarkan hampir 40,000 hadirin.


Kelantan sememangnya tidak menghalang mana-mana pihak untuk tampil untuk mengadakan pelbagai bentuk hiburan, namun ia mestilah mematuhi enakmen hiburan negeri yang telah menjadikan dasar Islam sebagai garis panduan.




Akhir sekali saya ingin menukilkan kenyataan Ketua Pemuda Umno Kelantan melalui laman web :

http://www.pemudaumno.org.my


Ketua Pemudanya, Dali Hussin berkata pihaknya sudah menjangkakan perkara itu kerana tidak apa yang mustahil dalam kamus Pas asalkan tindakan yang dibuat itu boleh mendatangkan kepentingan politik kepada mereka.




Menurut beliau segala dasar yang diwujudkan sebelum ini hanya sekadar alat politik semata-mata yang lebih menjurus kepada kosmetik Islam.”




Apabila orang yang kata kerajaan kelantan tidak ikut Islam maka inilah jawapannya bahawasanya dia tidak tahu Islam itu mudah dan sesiapa yang mengikut Islam akan menemui jalan keluar yang berdengki kata Islam ini tidak boleh sahaja yang gagal untuk keluar ,cubalah anda aplikasikan apa yang anda semua faham (ikut ISLAM) di tempat kita tinggal atau menetap(belajar) sekarang.



“Kita Mulia kerna ISLAM ,bukan ISLAM mulia kerna kita”






1 comments:

setkelengkapanbayi April 5, 2010 at 4:03 AM  

kagum dengan kepimpinan TGNA ;)

  © Memacu survival Ummah 2008

Back to TOP