Thursday, March 11, 2010

Manusia yg Zalim(Nauzubillah)

Teman Lelaki Ibu Syafiah Humairah Didakwa Sebabkan Kematian



KUALA KUBU BHARU: Dua minggu selepas kematian kanak-kanak Syafiah Humairah Sahari yang tragis, teman lelaki kepada ibunya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh.



Mohd Fazli Azri Jamil, 28, yang bekerja sebagai pemandu teksi mengangguk tanda faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Zuraida Zakaria.



Beliau yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Syafiah Humairah, 3, di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30 Ulu Yam Lama Batang Kali, Selangor, 6.30 petang, pada 25 Februari lepas.



Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.



Mohd Fazli yang ditahan di Penjara Tapah sejak ditangkap pada 26 Februari lepas dibawa ke mahkamah pada pukul 9.45 pagi dengan diiringi beberapa pegawai polis.



Turut kelihatan di mahkamah sejak awal pagi ialah bapa saudara Syafiah dan anggota keluarga yang lain.



Timbalan Pendakwa Raya Noorjidah Mohd Jusan memohon satu tarikh sebutan semula bagi menunggu laporan kimia serta autopsi siap, dan Zuraida kemudiannya menetapkan 31 Mac ini untuk sebutan semula kes.




Syafiah Humairah dilaporkan meninggal dunia dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh, selain luka di muka, dagu dan telinga serta lebam di kaki dan tangan. - BERNAMA.







pedih perut bilamana mendengar kes-kes begini berlaku .



Minta dijauhkan daripada kita semua...



Malaysia semakin hari semakin tak selamat...








0 comments:

  © Memacu survival Ummah 2008

Back to TOP